三文治、雞粥、炒麵才賣20仙?8歲及10歲小攤主竟然說:「我們的目的不是要賺錢!」

以民為主| 2015-12-15| 檢舉

Selain sandwich, usahawan cilik ini turut menjual pelbagai lagi makanan seperti nasi bubur dan mee goreng pada harga yang sama.

除了三文治,小小檔主也賣粥、炒麵。。。統統價錢一律20仙。

Kuala Lumpur: Jika sebelum ini kisah seorang lelaki yang menjual donut dengan harga 10 sen menjadi viral, kini timbul pula kisah viral tentang sandwich yang dijual dengan harga serendah 20 sen.

(吉隆玻訊)之前有關一名男子的甜甜圈只賣10仙的故事瘋傳社交媒體後;現在又有一則三文治只賣20仙的故事廣傳開來。

「Niat saya hanya untuk tolong orang susah dan tidak peduli dengan untung atau rugi,」 kata seorang anak usahawan, Iman Sufiah Muhamad Taufik, 10.

「我的目的不是為了賺錢,虧賺都無所謂,我只是想幫助一些比較辛苦的人,」10歲的小攤主伊蔓。蘇菲亞這麼說,她是一名商人的女兒。

Memetik laporan Harian Metro, kisah sandwich 20 sen ini menjadi viral sejak Sabtu lalu apabila gambar Iman Sufiah menjual sandwich telur tersebar.

根據Harian Metro的報道,自從小妹妹的三文治只賣20仙的照片在上星期六上傳後,就在網絡廣傳。

「Saya buat semua ini untuk kebajikan, tetapi terkejut apabila ramai yang menjadikan situasi itu sebagai bahan bualan sehinggakan ada yang membeli barang jualan kami dalam kuantiti yang banyak.

「我們只是想做點好事,可是這突然變成一個熱門話題,我們也感到很意外。甚至還有些人還大量跟我們買。」

「Semuanya bermula selepas saya melihat cerita orang susah yang banyak dipaparkan di televisyen, laman Facebook dan Internet. Hati saya cepat tersentuh dan kasihan melihat mereka kerana tidak mampu untuk membeli makanan,」 katanya ketika ditemui di sini, semalam.

「我起初是因為從電視、面子書和網絡得知很多人的處境很困苦,這的確觸動我的心,可憐他們沒能力買食物,」她在受訪時透露。

Lebih mengujakan, bukan sahaja sandwich telur yang dijual. Sufiah yang ditemani adinya, Iman Ayeisha Muhamad Taufik, 8, turut menjual bubur ayam, dadih, cekodok pisang dan mi goreng dengan harga yang sama sejak memulakan perniagaan amal itu pada 9 Disember lalu di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Damansara.

令人興奮的是,這裡不只是有蛋治賣,還有雞粥、奶凍、香蕉炸糕以及炒麵,統統一律只售20仙。陪伴她一起的是8歲的小妹妹伊蔓。阿伊沙。她們是在12月9號才開檔,地點在敦伊斯邁花園。

Sekiranya makanan-makanan yang dijual tidak habis, kedua beradik ini akan mengagihkan makanan-makanan tersebut kepada orang awam di Pasar Besar TTDI secara percuma.

如果賣不完,兩個小姐妹會將剩下的食物免費派送給附近的公眾人士。

Sufiah berkata, mereka hanya menyediakan sebanyak 150 bungkus makanan setiap hari dan projek amal ini adalah projek cuti sekolah yang dijalankan setiap tahun sejak dia berumur 7 tahun lagi.

蘇菲亞說,她們每天只準備150份的食物。這個善舉是她每一年學校假期都會做的,打從她7歲開始。

Ibu kepada usahawan cilik ini, Sitir Nurhuda Samsudin, 35, berkata dia memberi sokongan penuh kepada anaknya selain berharap anak-anaknya dapat belajar erti kehidupan serta nilai memberi kepada yang susah.

兩個小攤販的母親,茜蒂,35歲,她說她很支持孩子們這樣做,也希望她們從中學習到應該對困苦的人伸出援手的人生真諦。

"Saya tidak menghalang apa sahaja kehendak anak dan sentiasa memberi semangat kepada mereka.

「我不會阻止孩子的要求,也常常給予她們精神上的支持。」

"Saya tahu harga yang dijual itu murah dan tidak mendatangkan untung tetapi untuk beramal, niat itu perlu ikhlas," katanya .

「我知道賣的那麼便宜是沒錢賺的。但是做好事的意願是要誠心的,」她說。

文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat98/node791255

轉載請註明來源:今天頭條