
(13/12/2015)
東姑依斯邁發文表示關注我國教育水平。(圖片截自」南方之虎」臉書)
(新山13日訊)柔王儲東姑依斯邁呼籲,柔州子民積極接受教育,並強調他與其他柔州皇室成員是為柔州子民發聲,不會理會那些希望他們保持沉默的評論。
東姑依斯邁是周六晚上7時左右在「南方之虎」臉書上發表一篇標題為《我對教育及政治不穩定的關心》文章。文中提到他關注我國教育水平及人民心智發展,呼籲柔州子民,特別是年輕一代把握教育機會,而這也是使柔州變得更好的「武器」。
「就像我常說的,無知導致災難。」

他也為我國政治現況擔憂,因為政治家本應走入基層,並將人民利益放在第一位,但如今我國政治家都想成為名人,這導致他們失去責任感。
「我真心希望有一個人民代議士或部長,是真心誠意將人民需求放在首位,並列在自己銀行戶頭和發展項目之前。」
他說,柔州今天成就全靠所有柔州子民努力,而他希望當中不會有貪污者或種族主義者。
他也說,知道有些人希望他及其他柔州皇室成員保持沉默,不要時常作出評論。針對這點,他強調柔州皇室並沒將這些批評放在心上,因為他們是為人民發聲,並無從中獲得好處。
有關內容是以馬來文和英文書寫,該文至周日下午2時,共獲2萬1933人按贊。
另一方面,柔公主東姑阿米娜則在個人Instagram上貼文說,近日臉書上署名為「Tunku tun aminah ootd」頁面並非她本人所開,並呼籲其他用戶取消點贊並舉報該頁面。

KEBIMBANGAN SAYA BERKENAAN PENDIDIKAN DAN KEPINCANGAN POLITIK
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berkongsi kerisauan saya bersama rakyat Johor yang saya kasihi sekalian. Saya amat risau berkenaan beberapa perkara yang sedang berlaku di negara ini; perkara yang tidak boleh kita buat tidak endah. Kita mesti ingat bahawa persiapan adalah kunci kejayaan. Untuk mengelakkan masalah pada kemudian hari, kita mestilah membuat persediaan. Seperti saya selalu berpesan, kejahilan adalah punca berlakunya huru-hara. Saya amat risau dengan tahap pendidikan yang semakin membimbangkan di negara ini, dan mentaliti yang dibentuk daripadanya.
Pendidikan tidak boleh dikompromi demi tujuan dan kepentingan politik. Kepada rakyat Johor sekalian, terutama sekali kepada anak-anak muda, saya menyeru supaya anda rebutlah apa jua peluang untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidikan, kerana ilmu adalah kuasa, dan merupakan senjata paling ampuh untuk menjadikan Johor negeri yang lebih maju. Saya dengan seikhlas hati menyeru supaya anda jadikan pendidikan sebagai keutamaan, dan saya berjanji akan berusaha bersama kerajaan negeri supaya pendidikan diberikan perhatian penting yang selayaknya, demi masa depan Johor; kerana akan tiba masanya anda semua perlu menentukan masa depan dan apa yang terbaik untuk diri anda dan negeri Johor.
Saya tidak dapat menafikan bahawa saya berasa risau dengan ketidakstabilan politik yang melanda kini. Dengan kepincangan politik yang berlarutan di negara ini, apa yang boleh mengubah nasib kita bukanlah dengan pemberontakan atau demonstrasi, tetapi ianya terletak pada pendidikan. Apabila diri dilengkapi ilmu dan pendidikan yang baik, kita akan lebih bersedia dan mempunyai pengetahuan untuk menentukan hala tuju negara kita. Saya berdoa yang kita mempunyai wakil rakyat dan menteri-menteri yang ikhlas dalam meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan, dan bukannya mengutamakan akaun bank peribadi mahupun projek yang dilobi. Terdapat juga ahli politik yang umpama lalang ditiup angin, tanpa pendirian dan rasa tanggungjawab, serta mengutamakan populariti seperti selebriti. Sebagai ahli politik, anda perlu turun padang dan mendengar suara dan keluhan rakyat; rakyat yang meletakkan anda di kedudukan selesa anda sekarang. Saya juga berdoa supaya suatu hari nanti, tiadalah mereka yang korup dan bersifat perkauman di kalangan kita. Ingatlah bahawa Johor berkembang maju seperti yang kita lihat pada hari ini adalah hasil kerja keras dan keharmonian semua kaum, seluruh Bangsa Johor.
Saya tahu, terdapat pihak yang tidak mahu saya dan keluarga saya bersuara. Apa yang mereka tidak faham adalah teguran kami bukanlah hendak menyerang peribadi. Kita hanyalah bersuara demi kepentingan rakyat, kita tidak meraih sebarang keuntungan daripadanya. Oleh itu, sekali lagi saya ingin menegaskan kepada seluruh Bangsa Johor; pendidikan dan mentaliti positif anda adalah senjata paling ampuh untuk menentukan yang terbaik demi masa depan kita.
DYAM BRIGADIER JENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM, TUNKU MAHKOTA JOHOR.
=======================================================
MY CONCERNS REGARDING EDUCATION AND POLITICAL INSTABILITY
I would like to take this opportunity to share my concerns with my fellow Johoreans. I'm very concerned about a few things that are happening to our country that we should not ignore it. We must remember that preparation is the key to success. In order for us to avoid disaster, we must be prepared. As I always say, ignorance is the key to chaos. I am very concerned about the standard of education in our country, and the mentality of our people that it develops.
Education should never be compromised for political interests and purposes. To my fellow Johoreans, especially our youths, I urge you to grab every opportunity to excel yourselves in the field of education, because education is empowerment, and is your greatest weapon to make Johor a better place. I urge wholeheartedly to make education your utmost priority, and I promise to do whatever it takes to work hand in hand with the state government to give the attention it deserves, for the future of Johor. As there will come a time where you will need to decide what is best for yourself and the state of Johor.
I cannot hide the fact that I'm worried about the political instability that is going on. With the political turbulence in the country today, what can change our fortunes is not an uprising or rallies, but education. With education you will be better prepared and equipped to decide the course of our nation. I pray we will have the representatives and ministers that are sincere in putting the needs of the people first, before their bank accounts and projects being lobbied. Now, there are politicians who sway whichever direction the wind blows, and trying to be celebrities; as if they've lost their sense of duty and responsibility. As politicians, you must go to the ground and listen to the voice of the people, the very people who put you in your comfortable position in the first place. I pray that one day, we would not have corrupt and racist people amongst us. Remember that Johor became the great state that it is today because the collective hard work and harmony of all races, the whole of Bangsa Johor.
I know there are some people who are out to silence my family and myself. What they don't seem to understand is that we don't take it personally. We're voicing out for the sake of the rakyat, we gain nothing from it. So I will remind all of Bangsa Johor again, education and your positive mentality is your greatest weapon to decide what's best for your future.
HRH BRIGADIER GENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM, THE CROWN PRINCE OF JOHOR.
轉載請註明來源:今天頭條