《連本身馬來族群不幸的孤兒基金都敢私吞,華小5千萬撥款被吃掉,對這些禽獸不如的巫統部長而言又算得了什麼?》

文:張丹楓
這些巫統冷血部長真是混帳加三級!簡直不知廉恥為何物!不但肆無忌憚的揮霍人民的血汗錢,現在竟然連用來幫助本身族群不幸的孤兒的基金都照樣私吞!
今次被踢爆私吞馬來孤兒基金的是首相署部長惹瑪基巴哈侖Jamal Khir Baharum!被他吞掉的公益基金數目高達41萬987.56令吉!這些錢被他拿去當公帳報銷了!他跟太太赴美國華盛頓和明尼蘇達州9天7夜豪華游!其中還包括在美國高級球場打高爾夫球的開銷,還有各種宴會、交通、住宿、酒會、購物等等開銷;更離譜的,是這個冷血部長竟然還敢敢開超時OT Claim單!
惹瑪基巴哈侖的首相署部長職務是管轄伊斯蘭事務,包括伊斯蘭事務局Jakim也在他的管理範圍內。前天伊斯蘭事務局才被吹哨者中心踢爆巫統吉蘭丹州地方領袖一家4口獨霸26個職位,每年白拿200萬薪金的醜聞,就是來自惹瑪基的部門。

我國監督與吹哨者中心(NOW)繼續追擊馬來西亞伊斯蘭經濟發展基金會(Yapeim),這一回是揭露一名巫統部長前往美國之時,涉嫌濫用基金會一筆41萬令吉資金,以購物、旅行甚至打高爾夫球。
惹瑪基挪用的這筆41萬撥款,原本是用來照顧孤苦無依的馬來孤兒院,提升他們的福利、供他們念書與生活的。殺千刀的巫統部長卻連這一點公益基金都不放過,都拿去吃喝玩樂揮霍掉了!
他奶奶的,連自己族群不幸者的救命輔助金都敢吞,何況是非穆斯林族群的撥款!所以華小的5千萬撥款被巫統官員明目張膽騎劫,實在不算什麼大事。在這些眼中只有金錢、儘是貪婪好色的巫統朋黨官員的眼裡,所有貪污腐敗、挪用公款的行為都不算犯罪。是啊!他們的大頭領納吉貪污26億都沒事,憑什麼他們吃個幾千萬會有事?
你覺得悲哀嗎?覺得悲憤嗎?但是在巫統群魔亂舞、馬華民政上上下下齊齊舉高雙手忙著捧這些魔頭的春袋之下,我們還能做什麼?
Jamil Khir Kantoi Guna Wang Anak Yatim Untuk Bercuti dan Bermain Golf Bersama Isteri

JAMIL KHIR GUNA WANG YaPEIM BIAYAI PERJALANAN KE LUAR NEGARA BERSAMA ISTERI, MAIN GOLF DAN LAWATAN KE PUSAT MEMBELI-BELAH DENGAN JUMLAH KESELURUHAN RM 410, 978.56
National Oversight and Whistleblowers (NOW) hari ini tampil dengan pendedahan yang paling mengejutkan berkaitan skandal melibatkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dimana wang yang sepatutnya digunakan untuk amal jariah telah disalah gunakan oleh Menteri Hal Ehwal Islam, Y.B Dato』 Seri Jamil Khir Baharom.
Mengikut dokumen yang NOW perolehi, Dato』 Seri Jamil Khir Baharom bersama isteri beliau Datin Seri Fatmawati Saidin dan seorang lagi individu bernama Cik Biby Haslinda telah mengikuti satu rombongan ke Amerikat Syarikat bagi tempoh perjalanan 21 Mei 2014 sehingga 29 Mei 2014.
Lawatan Dato』 Seri Jamil Khir Baharom bersama isteri dan rombongannya dikatakan melewati bandar Washington D.C, Minnesota dan Iowa.
Walaupun perjalanan tersebut dikatakan untuk tujuan 『Pemantapan dan Pemerkasaan Kelab Santun YaPEIM』, berdasarkan perbelanjaan-perbelanjaan yang dicaj dan dibayar oleh YaPEIM adalah bersifat bersuka ria dan langsung tiada unsur amal jariah.
Di antara pembayaran yang telah dibuat adalah seperti berikut:-
1. Golf – keraian Menteri
2. Jamuan Promosi / keraian VVIP ( flower Chocolates and Fresh Fruits)
3. Jamuan Makan – keraian Menteri
4. Cenderahati Menteri
5. 22, 23, 26 & 27 Mei 2014 (GROUP: VVIP) USAGE TO LEESBURG OUTLET + OT
Berdasarkan semakan kami, Leesburg Corner Premium Outlet merupakan sebuah Pusat Membeli-belah 「upscale outlet」 barangan berjenama yang terletak di Washington DC yang dikunjungi oleh rombongan Menteri Hal Ehwal Islam sebanyak 4 hari dimana perbelanjaan pengangkutan sahaja mencecah RM 5,908.35.
Lebih mendukacitakan lagi, pembayaran bagi perbelanjaan-perbelanjaan oleh Menteri dan rombongannya ini dibuat melalui institusi dibawah kawalan YaPEIM iaitu Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (PEMANGKIN) yang mana duit tersebut adalah khusus untuk kegunaan bantuan anak yatim dan miskin.
Lembaga Pengarah PEMANGKIN adalah Datuk Hajjah Siti Jeliha @ Zaleha Binti Hussin iaitu pemimpin Wanita UMNO yang berpengaruh di YaPEIM manakala Dato』 Haji Abd. Malek B. Awang Kechil merupakan pengerusi PEMANGKIN. Kedua-dua individu inilah yang dilantik oleh Dato』 Seri Jamil Khir sebagai Presiden dan Pengerusi serta Timbalan Presiden dan Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM.
Jumlah keseluruhan perbelanjaan yang diambil daripada tabung anak yatim dan miskin bagi menampung perjalanan Dato』 Seri Jamil Khir Baharom bersama isteri dan rombongannya dianggarkan sebanyak RM 410, 978. 56.
Saya pasti pendedahan ini menjangkau imaginasi rakyat Malaysia bagaimana satu badan Yayasan berkaitan Islam yang terletak di bawah YAB Perdana Menteri boleh disalah gunakan untuk aktiviti-aktiviti Menteri seperti golf, ke pusat membeli-belah dan sebagainya.
NOW dengan ini mendesak agar satu siasatan secara menyeluruh dijalankan dimana setiap perbelanjaan YaPEIM dan institusi-institusi dibawah YaPEIM disemak dan diaudit secara terbuka kerana rakyat terutamanya pencarum berhak mengetahui setiap perbelanjaan yang dibuat.
Siasatan ini juga perlu mengesan jumlah wang yang hilang akibat ketirisan, kebocoran dan salah guna kedudukan.
Buat Dato』 Seri Jamil Khir Baharom, jika beliau masih mempunyai maruah, beliau sewajarnya meletakkan jawatan dengan serta-merta dan tampil memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia kerana telah menyalahgunakan duit anak yatim dan miskin yang diperoleh daripada hasil sumbangan orang ramai.
NOW juga menuntut agar Dato』 Seri Jamil Khir Baharom, Datuk Hajjah Siti Jeliha @ Zaleha Binti Hussin dan Dato』 Haji Abd. Malek B. Awang Kechil memulangkan kembali setiap sen yang diambil daripada YaPEIM termasuk gaji, elaun dan juga perbelanjaan perjalanan luar negara.
Kita sama-sama doakan agar ketiga-tiga individu ini akur dengan kesilapan mereka dan memulangkan kembali wang kepada YaPEIM, pengurusan YaPEIM perlu dirombak dan pengurusan baru perlu memastikan setiap wang tersebut diagihkan kepada mereka yang benar-benar susah dan turut melaporkan kemajuan agihan secara berkala dan terbuka.
轉載請註明來源:今天頭條