部落客Amin大爆料!馬哈迪曾私吞人民數十億!陳志遠捐獻行動黨4億令吉?!

wjwong| 2015-08-06| 檢舉

部落客Amin Yatim在MYKMU.net大爆料! 他寫一封致給馬哈迪的公開信,題為《給馬哈迪的信件:陳志遠是否真的給行動黨捐獻4億令吉?》 Amin在信中質問馬哈迪,成功集團創辦人陳志遠於2013年第13屆大選時是否給民聯捐獻了近4億令吉,還有其他商賈如楊忠禮、賽莫達等人,是 不是也同樣在競爭最激烈的2013年大選時,給民聯捐獻了數億令吉。 難道這就是為何民聯遲遲不敢接受納吉挑戰,公布政治獻金的原因?

此外,對於馬哈迪頻頻炮轟納吉,Amin也看過眼反擊道: 「在2008年,當你要推翻阿都拉的時候,你寫說,你把巫統主席任期內所照顧的資產和股票,通過一名官員和部長轉交出來。為何它們沒有放在巫統的名義下? 為何是一個信託帳戶?」 「你(馬哈迪)真的相信只有自己才是清廉正直,而且其他人都是騙子嗎? 事實是,在你任期內,巫統才真的不見了數十億令吉!」 Amin所言是在抨擊馬哈迪私吞了人民的財產!!!但現在很多人卻只看到馬哈迪抨擊納吉而把大搞種族主義的馬哈迪當做神拜?!完全忽視馬哈迪過去對國家和人民的「搓圓按扁」、玩弄於股掌… 轉載:一國陣營

RM 2.6 Bilion: Muhyiddin Dan Mukhriz Menipu Mahathir dan Rakyat Malaysia Untuk Fitnah Najib?

Kini terbongkar kemungkinan besar Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan orang yang memberi maklumat palsu kepada Tun Mahathir mengenai dakwaan wang 1MDB sebanyak USD 700 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak untuk kegunaan pilihan raya.

Rakaman video perbualan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir yang disiarkan oleh Malaysiakini menunjukkan Muhyiddin yang mendakwa wang sebanyak USD 700 juta milik 1MDB masuk ke dalam akaun Perdana Menteri.

Muhyiddin mendakwa Perdana Menteri mengakui wang 1MDB sebanyak RM 2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau merupakan satu pembohongan dan mungkin dirancang oleh kumpulan ini sendiri. Video tersebut dirakam ketika perbualan beberapa orang sahaja, mustahil mereka tidak menyedari siapa yang merakamnya.

Pada awal video iti sendiri jelas menunjukkan Perdana Menterti tidak menyatakan jumlah yang masuk apabila Muhyiddin berkata,

「Saya tanya beliau wang siapa? Beliau tidak nyatakan. Hanya dari Timur Tengah.」

「lepas tu saya tanya berapa banyak… Susah nak kiralah, 『dia cakap (najib) a lot, a lot'」

Kemudian Muhyiddin menyebut, 「Kenapa masuk akaun personal Najib Razak?」

Kemudian dalam babak seterusnya, Muhyiddin sendiri yang menyebut jumlah tersebut dan cuba menjadikan ia pengakuan Mohd Najib.

Muhyiddin sambil melihat kepada Kadir Sheikh Fadzir berkata, 「Berapa? 700 million dollar! Kalau kali 3 points something RM 2.6 bilion… goes to his personal account. Ini dia sebut, he admitted, so i said why put into your personal account?」

Video tersebut terhenti di situ sahaja. Menunjukkan perakam dan pembocor video tidak mahu jawapan Mohd Najib diketahui orang.

Muhyiddin sendiri tanya dan dia sendiri jawab. Bukannya Perdana Menteri kata USD 700 juta tersebut.

Sebenarnya pada bulan lalu beberapa ahli MKT telah pun MENAFIKAN bahawa Mohd Najib Abdul Razak memberitahu Umno bahawa wang sejumlah RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya dan digunakan untuk pilihan raya umum lalu.

Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyangkal dakwaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa ahli Umno diberitahu bahawa wang itu digunakan untuk membiayai kempen pilihan raya.

「Najib hanya berkata, wang itu bukan dari 1MDB dan beliau tidak pernah guna untuk kepentingan peribadi beliau. Saya dengar sendiri,」 kata Reezal yang juga MP Kepala Batas.

Turut bersetuju dengan beliau, Tajuddin pula mencabar Dr Mahathir untuk menyenaraikan butiran bahawa Najib didakwa mengaku wang 1MDB digunakan untuk pilihan raya.

「Bagaimana Mahathir tahu? Bila beliau bercakap dengan perdana menteri?」 soal Tajuddin, timbalan menteri pertanian dan industri asas tani.

「1MDB tidak pernah membiayai pilihan raya kami. Kami mempunyai sumber dana untuk parti,」 kata MP Pasir Salak tanpa mendedahkan dengan lebih lanjut.

Dr Mahathir sebelum itu mendakwa Umno diberitahu bahawa wang yang didepositkan ke dalam satu akaun bank peribadi digunakan dalam pilihan raya umum lalu.

「Tidak ada penafian wang itu telah didepositkan ke dalam akaun peribadi. Penjelasan kepada Umno bahawa ia untuk pilihan raya itu. Umno seolah-olah berpuas hati,」 kata Dr Mahathir.

Jadi siapa sumber Majlis Tertinggi UMNO yang membohongi Mahathir bahawa Najib mengakui sejumlah RM 2.6 Bilion wang 1MDB dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau untuk tujuan pilihan raya?

Dalam video ini menunjukkan kemungkinan besar maklumat palsu kepada Mahathir ini merupakan komplot oleh Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir. Jika Mukhriz tidak berkomplot mengapa beliau tidak membantah pun apabila Muhyiddin memberitahu Kadir Sheikh Fadzir bahawa sejumlah USD 700 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi Mohd Najib. – MYKMU.NET

文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat98/node500759

轉載請註明來源:今天頭條