Kos Penganjuran sukan SEA 2017

光頭強| 2017-09-01| 檢舉

Pada tahun 2013, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menganggarkan kos penganjuran Sukan SEA dan Para ASEAN tidak melebihi RM 80 juta. Namun, pada tahun 2016, beliau telah memohon kos penambahan sehingga RM 500 juta dan Perdana Menteri telah meluluskan sebanyak RM450 juta daripada peruntukan RM1.2 billion (pembangunan sukan) dalam pembentangan Bajet 2017.

Berkenaan penajaan pula, Dentsu Sports Asia dan Sportwork Group di lantik sebagai agensi penaja, dan telah membahagikan kepada empat peringkat penajaan. Jumlah tajaan Gangsa bernilai RM 1 juta dan kebawah.  Tajaan Perak pula sekitar RM1 – 3 juta dan penaja Emas sekitar RM 3 – 7.5 juta. Tajaan terbesar, Platinum pula bernilai sekitar RM7.5 – 15 juta.

Sponsored Links

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Mereka mensasarkan jumlah tajaan bernilai RM80 juta dan sasaran tersebut berjaya di capai pada 30 Mei 2017. Dengan penglibatan lebih daripada 30 buah syarikat, kini dana tajaan yang berjaya di kumpul telah melebihi RM 100 juta.

Sponsored Links

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Ucapan Dato』 Seri Zolkples Embong dalam Perhimpunan Bulanan dan Ikrar MASOC

Ketua Sekretariat Malaysia Organising Committee (MASOC) Kuala Lumpur 2017, Dato Seri Zolkples Embong menyatakan akaun Sukan SEA ke-29 dan Para ASEAN ke-9 akan mula diauditkan selepas setahun penutupan temasya sukan ini. Beliau turut akan memastikan temasya sukan ini bebas daripada sebarang unsur rasuah atau penyelewengan, terutamanya perkara yang berkaitan dengan kewangan dan dana.

Sponsored Links

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Marilah 「Bangkit Bersama」

Jangan lupa LIKE dan SHARE. Moga Bermanfaat.

參考來源

文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat98/node1621319

轉載請註明來源:今天頭條