Perempuan Menjadi Mangsa 3 Orang Lelaki Di Gombak

ROCKET| 2017-05-28| 檢舉

Padah keluar senyap-senyap pelajar perempuan tingkatan 3 dicabul 2 kenalan whatsapp baru kenal 2 hari Seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan manakala rakannya sedang diburu kerana disyaki terbabit mencabul pelajar perempuan tingkatan tiga yang baru dikenalinya melalui WhatsApp di Gelang Patah dekat Iskandar Puteri kelmarin. Dicabul 2 kenalan whatsapp dicabul 2 kenalan whatsapp Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata dalam tangkapan 3.15 petang itu telefon bimbit milik suspek turut dirampas bagi membantu siasatan. Katanya kejadian itu terbongkar apabila bapa pelajar itu membuat laporan polis di sini petang Ahad selepas menyedari mangsa tiada di rumah sejak malam Sabtu. Menurutnya dalam kenyataan di sini semalam dalam laporan itu bapa mangsa turut memberitahu ada menerima maklumat mengenai anaknya dikurung di sebuah rumah. Beliau berkata maklumat itu diperoleh daripada rakan anaknya dan mangsa turut menghantar lokasi rumah berkenaan menerusi WhatsApp. Ketika berusaha mengesan lokasi mangsa dikurung polis dimaklumkan mangsa berjaya diselamatkan kakaknya di tepi jalan di Taman Nusantara kata Noor Hashim. Berdasarkan siasatan awal mangsa yang berusia 15 tahun keluar dari rumah keluarganya di Kampung Ulu Pulai di sini tanpa disedari anggota keluarganya mengikut dua kenalan lelaki yang baru dikenali selama dua hari melalui WhatsApp. Ketika bertemu mereka (suspek) mangsa dibawa makan di sebuah restoran di Bukit Indah sebelum dibawa ke rumah suspek di Taman Nusantara Gelang Patah dan di situlah kedua-dua suspek meraba dan mencium mangsa secara bergilir-gilir kata Noor Hashim. Menurut beliau mangsa cuba melawan namun ditampar suspek dan mereka juga didakwa cuba melakukan seks dengan mangsa namun tidak berbuat demikian apabila mendapati pelajar itu datang bulan. Ketika kedua-dua suspek berada di ruang tamu mangsa mengambil kesempatan menghubungi rakannya meminta bantuan dengan menghantar lokasi rumah itu. Mangsa kemudian merayu agar dia dihantar pulang sebelum ditinggalkan di tepi jalan dan diselamatkan kakaknya katanya. Noor Hashim berkata kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan menasihatkan ibu bapa memantau pergerakan anak-anak di media sosial. Sumber: Harian Metro lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW tbKOR

文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat98/node1517235

轉載請註明來源:今天頭條