Amalkan Kesihatan Pergigian Yang Baik

Bard| 2016-09-25| 檢舉

Penjagaan kesihatan pergigian penting untuk mencegah kerosakan gigi dan penyakit gusi di kalangan kanak-kanak. Kesihatan pergigian yang baik membolehkan mereka mengunyah makanan dengan selesa dan bertutur dengan jelas.

Bagaimanakah cara menjaga kesihatan pergigian yang baik?

Amalan penjagaan kesihatan pergigian yang baik merangkumi 3 langkah pencegahan utama seperti berikut:

Penjagaaan kebersihan gigi yang baik :

1.Berus gigi sehingga bersih setiap hari terutama selepas makan dan sebelum tidur malam.

2.Guna ubat gigi berfluorida untuk kanak-kanak semasa memberus gigi.

3.Picitkan ubat gigi sebesar biji kacang soya sahaja untuk anak yang berumur 2 tahun ke atas.

4.Selia atau bantu anak anda memberus gigi sehingga mereka berumur 6 hingga 8 tahun.

5.Berkumur-kumur dengan segera selepas makan atau minum jika tidak berkesempatan memberus gigi.

6.Jangan berkongsi berus gigi.

7.Tukar berus gigi jika bulu berusnya mula kembang.

文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat98/node1275356

轉載請註明來源:今天頭條