4 Makanan Dapat Turunkan Kadar Kolesterol Secara Semulajadi

Bard| 2016-08-10| 檢舉

Ada beberapa makanan tertentu yang dikaitkan dengan mengurangkan dakit jantung melalui pengambilan makanan yang menurunkan kadar kolesterol tidak baik dalam darah.

Di sini disenaraikan beberapa makanan yang sesuai digunakan untuk melawan kolesterol secara berkesan.

Jika tahap tekanan darah adalah pra-hipertensif, kami mengalakkan anda untuk mendapatkan nasihat doktor pakar dalam menambahkan bahan berikut ke dalam diet makanan harian anda.

1. Kekacang

Segala jenis kekacang yang boleh didapati adalah merupakan sumber fiber larut yang baik untuk tubuh anda.

Fikirkan fiber larut ini seperti span yang membasmi kolesterol dan membantu membuangnya daripada badan anda.

2. Oat

Semua oat bijian penuh mempunyai jenis fiber yang tertentu yang digelar oleh pakar sebagai beta-glucan.

Ada banyak kajian saintifik yang menunjukkan bahawa pengambilan secara teratur beta-glucan boleh membantu anda untuk mengurangkan kadar kolesterol yang tidak baik di dalam darah.

3. Teh Hijau

Segala jenis teh yang ada di dunia ini berkebolehan untuk membantu anda dalam mengurangkan kadar kolesterol dalam darah. Namun ada beberapa kajian yang menunjukkan tahap keberkesanan teh hijau dalam proses pembuangan kolesterol.

Dengan meminum dua cawan teh hijau boleh membantu mengurangkan kadar kolesterol tidak baik dengan lebih berkesan berbanding teh yang lain.

4. Kacang Tanah

Bahan ini adalah cukup kaya dengan fiber, lemak sihat, protein dan pelbagai vitamin dan mineral.

Walaupun kelihatan seperti semua jenis kekacang boleh mengurangkan kadar kolesterol di dalam darah, namun pengambilan kacang jenis pistachio boleh membantu mengurangkan kadar kolesterol secara menyeluruh.

文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat98/node1212554

轉載請註明來源:今天頭條