Pembaca berita tidak jelas sebutannya sehingga mengundang kemarahan segelintir pengguna media sosial.
PETALING JAYA: Radio Televisyen Malaysia semalam memohon maaf atas kesilapan skrip beritanya yang seolah-olah menganggap kumpulan pengganas Abu Sayyaf dianggotai penganut agama Roman Katolik.
「Merujuk kepada laporan berita dunia bertarikh 14 Jun 2016, kami memohon maaf kerana teks disalah tafsir dan RTM tiada niat untuk menguris perasaan mana-mana masyarakat,」 stesen milik kerajaan itu mengumumkan dalam slot beritanya semalam, sebelum menyiarkan semula laporan sama dengan pembetulan.
Dalam laporan asalnya, pembaca berita tidak jelas bacaannya ketika menghuraikan kumpulan Abu Sayyaf, dan memberi tanggapan kumpulan itu menganut Roman Katolik.
Susulan itu, RTM menerima kutukan keras dari pengguna media sosial yang menuduh stesen itu memutar belit fakta.
文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat98/node1131743轉載請註明來源:今天頭條