「羅斯瑪租飛機到土耳其拿獎」‧拉菲茲:誰買單?為何不搭客機?

(雪蘭莪‧八打靈再也8日訊)公正黨副主席拉菲茲又再爆料,他今日在個人臉書揭露,首相夫人拿汀斯里羅斯瑪此前花了大筆費用,租用一架私人豪華飛機飛往土耳其伊斯坦堡,目的只是代表國家學前教育計劃(PERMATA)領取一座獎項。
拉菲茲在臉書上張貼長文寫道,羅斯瑪於5月27日乘坐該租借來的飛機,出席在伊斯坦堡舉行的一項名為「全球良好管理獎」的活動,而她作為大馬國家學前教育計劃的倡議者,也在該活動上領取獎項。
拉菲茲揭露,羅斯瑪在該行程中乘搭一架從阿聯航空租借而來的ACJ319型號私人飛機,他還查出了該飛機當時的行程,即於5月23日從阿聯前往梳邦軍用機場;而羅斯瑪於25日從梳邦機場啟程飛往阿聯,再轉飛至伊斯坦堡;26日從伊斯坦堡飛往阿聯,再續航回到吉隆坡。
Rafizi Ramli 和 Rosli Abdul Rahman 以及其他 8 位用戶在一起
7小時 ·
Seperti yang dijanjikan, hari ini saya dedahkan kisah isteri Najib Razak yang berbelanja besar menyewa sebuah jet peribadi mewah hanya untuk ke Istanbul menerima satu anugerah bagi pihak PERMATA. Siapa yang bayar sewa jet peribadi mewah ini? Adalah sangat tidak sensitif untuk bermewah sedemikian rupa pada kala rakyat bergelumang dengan pelbagai potongan peruntukan. Mohon sebarkan, supaya pengundi di Kuala Kangsar dan Sungai Besar memilih calon yang paling berani menentang pembaziran seperti ini.
Gambar-gambar penuh dan carta laluan jet boleh didapati di
http://rafiziramli.com/…/datin-seri-rosmah-mansor-mengguna…/
8 JUN 2016
DATIN SERI ROSMAH MANSOR MENGGUNAKAN JET PERIBADI (「PRIVATE JET」) MEWAH YANG DISEWA UNTUK KE ISTANBUL MEWAKILI PERMATA
Seperti yang saya nyatakan semalam, Pilihanraya Kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar kali ini sebenarnya medan untuk membandingkan parti mana yang paling peka dengan kesusahan rakyat terbanyak. Isu yang paling mendesak dan dirasai oleh sebahagian besar rakyat Malaysia ialah beban sara hidup yang melampau akibat dasar-dasar Umno/Barisan Nasional seperti pelaksanaan GST, penghapusan subsidi, harga pasaran bagi bahan api, potongan mendadak bantuan pembiayaan pendidikan tinggi dan lain-lain.
Sewajarnya parti yang paling peka dengan perkara ini juga paling lantang membongkar pembaziran yang berlaku dan meletakkan pertanggungjawaban kepada penjawat awam dan keluarga mereka yang dilihat bermewah sementara rakyat terus tertekan.
Oleh sebab itu, hari ini saya tampil untuk membongkar satu lagi pembaziran melibatkan isteri Perdana Menteri, Dato』 Seri Najib Tun Razak yang saya yakin tidak dapat diterima oleh rakyat Malaysia yang waras. Saya berharap pengundi di Kuala Kangsar/Sungai Besar dan rakyat umumnya dapat menilai kesungguhan parti-parti politik yang ada melindungi wang rakyat berdasarkan reaksi mereka kepada pendedahan saya hari ini.
Pada 27 May 2016 (dua minggu yang lalu), Datin Seri Rosmah Mansor telah menghadiri satu majlis di Istanbul. Majlis yang bernama Global Good Governance Award 2016 itu telah menganugerahkan 「3G Children Welfare Award」 kepada PERMATA iaitu sebuah program yang dibiayai oleh wang rakyat dan dinaungi oleh Datin Seri Rosmah Mansor. Beliau hadir sendiri sebagai penaung untuk menerima anugerah itu.
(Peristiwa ini dilaporkan secara meluas, rujuk laporan The Star bertajuk 「Rosmah: Permata Will Do Even Better After Winning Award」 dalam Lampiran).
Apa yang tidak dilaporkan dan tidak diketahui ialah aturan perjalanan beliau ke Istanbul untuk menerima anugerah tersebut.
Saya boleh mengesahkan bahawa beliau telah menaiki sebuah jet peribadi (「private jet」) ACJ319 bernombor pendaftar A6-CJE yang disewa khas dari syarikat penerbangan Emirates. Butiran mengenai jet peribadi ACJ319 A6-CJE ini disertakan di dalam Lampiran.
Saya juga telah menyemak jadual perjalanan jet peribadi ACJ319 A6-CJE ini seperti yang tunjukkan di dalam Lampiran secara terperinci dan dirumuskan seperti dibawah (berdasarkan rekod perjalanan seperti di bawah yang dipadankan dengan perjalanan jet di dalam Lampiran):
23 Mei 2016 1857 – bertolak dari UAE ke Subang
25 Mei 2016 0513 – bertolak dari Subang ke UAE
25 Mei 2016 1301 – bertolak dari UAE ke Istanbul
26 Mei 2016 1956 – bertolak dari Istanbul ke UAE
27 Mei 2016 0156 – bertolak dari UAE ke Kuala Lumpur
Oleh kerana Datin Seri Rosmah Mansor hadir sebagai mewakili PERMATA, maka timbul persoalan sama ada sewaan sebuah jet peribadi untuk perjalanan ke Istanbul itu menggunakan wang rakyat.
Maka, saya ingin mengajukan soalan-soalan ini kepada Datin Seri Rosmah Mansor sendiri dan Dato』 Seri Najib Tun Razak:
1. Kenapa Datin Seri Rosmah Mansor tidak menggunakan penerbangan komersil untuk perjalanan ke Istanbul yang sudah tentu jauh lebih murah berbanding menyewa sebuah jet peribadi ACJ319 hanya untuk beliau?
2. Siapa yang membuat tempahan jet peribadi tersebut dan siapa yang membayar kos sewaan tersebut?
3. Kenapa Datin Seri Rosmah Mansor sebagai seorang awam diberikan pelepasan menggunakan lapangan terbang di Pengkalan Udara Subang yang sepatutnya khusus untuk kegunaan ketenteraan dan bukan penerbangan awam seperti ini?
Pada kala pelbagai peruntukan rakyat dipotong, gaya hidup yang menggunakan jet peribadi yang disewa khusus untuk satu perjalanan adalah melampau dan tidak sensitif. Saya dimaklumkan MARA telah memotong elaun makan bagi pelajar di Institut Kemahiran MARA (IKM) dari RM250 sebulan kepada RM125 sebulan; tetapi pada masa yang sama isteri Perdana Menteri bermewah dengan sebuah jet peribadi yang disewa.
RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN
「為何不乘搭商務航班?誰為租金付費?」對此,拉菲茲質問道,為何羅斯瑪不乘搭相對便宜許多的商務航班客機,而是租借一架私人飛機作為己用?另外,他也問道,是誰訂下該飛機的租借交易,以及誰為那次的租金付費?拉菲茲也指出,梳邦軍用機場乃作為軍事用途,為何羅斯瑪身為公眾人物,能獲得批准在該機場起飛?拉菲茲譴責道,在現今民不聊生的環境下,羅斯瑪租用私人飛機的奢華作風是不恰當且不敏感的。他還被告知,MARA技能學院的學生食物津貼,已從每月250令吉減至125令吉。
助理承認此事:羅斯瑪赴重要活動
針對羅斯瑪租用私人飛機前往伊斯坦堡領獎一事,羅斯瑪的助理里扎證實了這項消息,他解釋道,這是因為羅斯瑪事務繁忙,需要迅速回國出席重要活動,因此才租用私人飛機。
轉載請註明來源:今天頭條