[Video] Singa Cuba Terkam Seorang Budak Tertipu Dengan Dinding Kaca Nak gelak ada kesian pun ada tengok video singa nak terkam budak kecil ni.
Sumber: Siakapkeli Oleh: Aimi Nordin
Satu video yang menjadi viral di media sosial memaparkan aksi mendebarkan apabila seekor singa cuba untuk menerkam seorang budak bagaimanapun terhalang oleh dinding kaca yang memisahkan antara raja rimba dan kanak-kanak tersebut.
Semasa kanak-kanak tersebut teruja melihat singa dihadapannya dan berpaling singa tersebut terus 『menerkam』 malangnya ia tertipu dengan dinding dihadapannya.
Menurut penjaga zoo yang terletak di Chiba, Jepun tersebut, singa seberat 181 kg itu selalu teruja apabila melihat kanak-kanak kecil dan cuba ingin bermain bersama mereka.
Namun, tak kurang juga netizen yang melahirkan rasa kekecewaan dan mengatakan sifat memburu haiwan tersebut terhalang apabila terkurung di dalam zoo.
轉載請註明來源:今天頭條