丹州驚傳愛滋女 ,超過百名嫖客會中招嗎?嚇壞馬來社群。

以民為主| 2016-04-24| 檢舉

丹州一名身材姣好的21歲馬來女子,在位於哥打峇魯 遮巴女子監獄裡接受訪問時透露她這幾年來的際遇。

她來自一個有9兄弟姐妹的貧困家庭,她排行第八。

由於家境貧窮,她小學畢業後就沒有繼續升中學。

家人幾乎是過著吃了這頓下一頓未必有著落的日子,各人都要設法自己找吃。

有一次因為跟家人吵架而被趕出家門,從此她就在外流蕩。通常在一些小食肆工作。

不久後,她結交了一名來自哥打峇魯的男友,他卻將她「賣給」了鴇公,從此開始了迎送生涯。

她說每次交易收入可達四至五佰令吉。有時在節慶日,還更多。

她是在宗教局的一次掃蕩行動中被捕的,當時她是跟他20歲的男友共處一室。

她被判在這所女子監獄關幾個月。

不幸的是,她也被檢驗出感染HIV

在這之前,她的嫖客已經是超過百人。

無論如何,她希望,她出牢後,可以跟男友結婚,可是現在被驗出感染HIV,她也不知所措。

那百多個嫖客會不會中招呢?萬一中了招,可能連老婆也會被害慘。。。

這消息傳開後,怎不叫丹州馬來社群驚慌呢?

人體感染HIV需經過0.5--20年,平均7--10年才能發展為AIDS病人,這段時間稱為潛伏期。處於潛伏期的HIV感染者的血液、精液、乳汁、私處分泌物、臟器中含有HIV,具有傳染性。

從感染愛滋病病毒到發病有一個完整的自然過程,臨床上將這個過程分為急性的感染期、潛伏期、愛滋病前期、典型愛滋病四期。

PANAS!! Pengakuan Berani Oleh Fazura, Dijangkiti HIV.

PENGAKUAN BERANI MATI GADIS BERNAMA FAZURA | Akibat keterlanjuran diri bersama teman lelaki serta desakan hidup selepas dihalau keluarga dari rumah, seorang gadis sanggup menjual diri untuk menyara kehidupannya.

Dikenali dengan panggilan , gadis berusia 21 tahun dari Bachok ini berkata, bagi meneruskan kelangsungan hidup, dia terpaksa melakukan kerja itu setelah dijual kepada 『bapa ayam』 oleh rakan lelaki yang dikenalinya tidak sampai setahun.

Menceritakan detik dia terjerumus dalam kancah terbabit, menurut Fazura, dia ingin mendapatkan pekerjaan setelah tidak lagi tinggal bersama kedua ibu bapanya di Bachok selepas dihalau keluar akibat perbalahan adik beradik.

「Kehidupan kami umpama kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Saya adalah anak kelapan daripada sembilan beradik. Kehidupan yang daif memaksa kami untuk mencari pekerjaan sendiri demi mendapatkan sesuap nasi.

「Saya juga terpaksa berhenti sekolah sejak darjah enam lagi dan turut mencari pekerjaan sendiri termasuk bekerja di kedai makan di merata tempat untuk menyara keluarga,」 katanya.

Fazura ditemui pemberita pada majlis sambutan hari raya bersama penghuni penjara di Blok Wanita Penjara Pengkalan Chepa, di sini, kelmarin.

Hadir dalam majlis terbabit, Pengarahnya, Zawari Abd Rashid serta Timbalan Penguasa Penjara, Rosliza Ishak.

Selepas rakan lelakinya yang baru dikenali terdapat pekerjaan di Kota Bharu, dia teruja namun tidak mengetahui akan bergelumang dalam kancah pelacuran.

Namun segala-galanya terlambat apabila dia telah diserahkan kepada bapa ayam dan bermulalah kehidupannya sebagai 『kupu-kupu malam』 yang terus membawa dirinya semakin hanyut dengan wang yang mudah diperolehi dari lelaki-lelaki yang melanggannya.

「Memang nampak mudah, apabila saya hanya perlu melayan lelaki yang datang mendapatkan khidmat saya dan selesai tugas, saya dibayar mengikut harga yang ditetapkan.

「Lebih 100 lelaki telah melanggan saya dan setiap malam saya memperoleh RM400 hingga RM500 setiap kali dilanggan dan akan bertambah apabila musim perayaan.

「Saya tidak mampu lari lagi dan terus melakukan kerja terbabit, sehinggalah saya ditangkap khalwat bersama teman lelaki berusia 20 tahun dalam sebuah rumah empat bulan lalu dan atas kesalahan itu saya dipenjarakan,」 katanya.

Fazura berkata, selepas ditahan dan pemeriksaan kesihatan dilakukan, dia terkejut apabila turut disahkan positif HIV akibat cara hidup lampau yang bergelumang dalam dunia pelacuran.

「Sesungguhnya, saya insaf dan bertaubat kepada ALLAH SWT, semoga segala perlakuan saya selama ini diampunkan dan saya nekad untuk berubah demi untuk meneruskan kehidupan walaupun dalam jangka masa yang tidak lama.

「Sedih memang sedih. Kadangkala jika tidak mempunyai pedoman mungkin saya akan bunuh diri, namun saya harap selepas dibebaskan Disember ini, saya berjanji dengan teman lelaki untuk berkahwin walaupun berat hati saya untuk menyatakan kepada bakal suami bahawa saya disahkan menghidap HIV,」 katanya.

文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat98/node1040315

轉載請註明來源:今天頭條