Tiga sekawan maut
April 23, 2016, Saturday
TRAGIS: Anggota bomba bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan mereka.
BETONG: Tiga sekawan terbunuh dalam kemalangan antara kereta Viva dan lori kargo di Kilometer 63, Jalan Sri Aman-Sarikei sekitar jam 1 pagi semalam.
Mangsa, seorang lelaki dan dua wanita yang menaiki Viva, dikatakan dalam perjalanan dari Kuching ke Sibu sebelum bertembung lori kargo dalam kejadian yang berlaku kira-kira satu kilometer dari simpang Betong arah ke Sri Aman.
Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Betong, PPgB James Whelan Ngang memberitahu pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.23 pagi dan pasukan diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Sapuan Abu bersama enam anggota digegas ke lokasi kejadian.
Menurutnya, ketiga-tiga mangsa yang tersepit di dalam kereta meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu dan kelindan lori tidak mengalami kecederaan.
「Pasukan kami mengambil masa 50 minit untuk mengeluarkan ketiga-tiga mangsa dari dalam kereta Viva tersebut.
「Mangsa yang maut dikenali sebagai Sherrine Ben, 21, Madelina Mustardi, 21, dan Shamuel Vincent. Salah seorang mangsa juga dipercayai pelajar sebuah institusi latihan kemahiran merujuk kepada kad pelajar yang ditemui bersamanya,」 jelas James.
Selepas dikeluarkan dari kereta yang remuk teruk, mayat ketiga-tiga mangsa diserah kepada pihak polis sebelum dirujuk ke Hospital Sri Aman untuk tujuan bedah siasat.
轉載請註明來源:今天頭條