Program Sejiwa Senada Bahagian Kuching tawar hadiah lumayan
April 19, 2016, Tuesday
SEJIWA SENADA KUCHING LUMAYAN: Pengunjung berpeluang menang lima buah kereta termasuk
dua Hilux pada program di Metrocity, Matang mulai 21 April.
KUCHING: Program Sejiwa Senada Bahagian Kuching yang akan bermula 21 April ini menawarkan pelbagai hadiah lumayan kepada pengunjung termasuk lima kenderaan.
Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata lokasi terakhir program itu menyasarkan lebih 300,000 pengunjung akan membanjiri pekarangan Metrocity, Matang.
「Kita menyasarkan antara 300,000 hingga 500,000 pengunjung akan hadir berdasarkan rekod kedatangan di beberapa lokasi sebelum ini yang begitu menggalakkan.
「Pengunjung berpeluang memenangi dua Hilux, dua Vios dan satu Axia dalam peraduan yang diadakan selain hadiah berupa motosikal dan sebagainya,」 katanya.
Abang Johari berkata demikian ketika mengadakan sidang media di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam.
Menurutnya, pemilihan Metrocity Matang sebagai venue program bertujuan memaklumkan kepada masyarakat bahawa bandar raya Kuching telah membangun dengan pesat.
「Kita mempunyai beberapa kawasan yang dahulunya hutan dan semak, namun kini sudah mengalami transformasi menjadi sebahagian daripada bandar raya Kuching,」 jelasnya.
Sehubungan itu katanya, ia membolehkan Kuching diisytiharkan sebagai Bandar Raya Perpaduan oleh jawatankuasa khas yang dipengerusikan Dr Chandar Mostafa selepas meneliti beberapa kriteria pada bandar raya ini.
「Ia membawa erti yang besar kepada kita kerana mampu mewujudkan masyarakat metropolis yang aman dan makmur,」 katanya.
Bercakap mengenai program Sejiwa Senada, sektor kerajaan dan swasta bekerjasama rapat dalam menjayakan pelaksanaan program tersebut.
Menurutnya, sempena hari perasmian pada 23 April nanti, pengunjung turut berpeluang memenangi dua motosikal menerusi cabutan bertuah istimewa.
Program tersebut bakal dimeriahkan lagi dengan kehadiran beberapa artis tempatan seperti Hafiz, Dayang Nurfaizah selain Akim dan Jay-Jay yang didatangkan khas untuk membuat persembahan.
MARI MERIAHKAN: Abang Johari bersama Morshidi, Misnu merakam kenangan selepas mengadakan sidang media Program Sejiwa Senada Bahagian Kuching di Wisma Bapa Malaysia, semalam.
文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat98/node1030699轉載請註明來源:今天頭條