Wanita mati terkena renjatan elektrik ketika berbual di telefon bimbit sedang dicaj
KUALA LUMPUR: Seorang wanita maut selepas terkena renjatan elektrik semasa membuat panggilan menggunakan telefon bimbit yang sedang dicaj.
Wanita itu, terkena renjatan elekrik ketika berada di rumahnya di Taman Desa Baiduri, Cheras.
Suhana Muhamad, 30 tahun, yang juga isteri kepada seorang pegawai polis disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital susulan insiden pada 11.30 malam pada Jumaat (15 Apr).
Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Abdul Ghani Mohamad Ji berkata suami wanita itu yang bertugas di Bukit Aman terus membawa isterinya ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk rawatan.
"Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Supt Abdul Ghani berkata jenazah wanita itu dibawa pulang ke kampung halamannya di Gua Musang, Kelantan petang semalam dan akan dikebumikan pada pagi ini.
Mangsa meninggalkan seorang anak lelaki berumur lima tahun dan seorang anak perempuan berumur dua tahun.
PENGGUNAAN AKSESORI SALAH BOLEH MENYEBABKAN KEMATIAN
Menggunakan aksesori yang tidak sah boleh menyebabkan kematian.
Demikian amaran yang diberikan oleh seorang pakar telefon bimbit.
Menurut laporan The Star Online, Amin Ashaari, pengasas bersama syarikat laman tek SoyaCincau.com mengatakan ramai yang tidak tahu tentang bahaya menggunakan aksesori yang tidak sah untuk telefon bimbit mereka.
Sedang keadaan elektirk sebuah rumah menggunakan penyesuai pelbagai palam (plug) adalah di antara punca renjatan elektrik, Encik Amin mengatakan ia adalah penting untuk memberi keutamaan kepada aksesori yang menepati piawai keselamatan pengeluar.
"Dari perspektif peralatan, ia adalah tidak selamat untuk menggunakan produk yang tidak disyorkan oleh jenama bereputasi baik yang digunakan.
"Orang ramai selalunya membeli wayar (seperti tempat caj) namun ia mempunyai kesan," jelas Encik Amin seperti ditukil dari laman The Star Online yang memberi komen mengenai kematian seorang wanita yang terkena renjatan elektrik apabila sedang berbual di telefon yang sedang dicajnya.
The Star Online juga menyatakan Encik Amin memberi amaran mengenai menggantikan bateri telefon dengan bateri yang tidak akan melindungi telefon dari terlebih caj.
"Bateri-bateri itu tidak mempunyai peralatan perlindungan yang disertakan oleh para pengeluar dalam produk mereka untuk mengelakkan kejadian seperti letupan," tambah Encik Amin.
Menyifatkan kejadian wanita yang mati akibat terkena renjatan elektrik sebagai kejadian yang sangat malang, Encik Amin mengatakan sukar untuk mengaitkan telefon bimbit itu sebagai punca renjatan elektrik.
"Dalam keadaan biasa, jangan gunakan peralatan elektrik ketika ribut petir, anda boleh menggunakannya tapi jangan pasangkan palamnya ke soket," jelas Encik Amin.
Encik Amin juga menambah menggunakan aksesori yang betul boleh membantu, jika tidak, ia akan membinasakan diri sendiri.
- BERNAMA/Agensiberita/ag
轉載請註明來源:今天頭條