Saksi kes langgar lari digesa tampil

Hastomo ...| 2016-04-16| 檢舉

Saksi kes langgar lari digesa tampil

April 16, 2016, Saturday

LANGGAR LARI: Pihak polis sedang berusaha mencari saksi kejadian kemalangan maut melibatkan seorang warga emas di KM1 Jalan Kim San pada 13 April lalu.

SARIKEI: Seorang penunggang motosikal Leong Ah Yang, 68, yang mengalami cedera parah dalam satu kejadian langgar lari pada 13 April (Rabu) lepas disah meninggal dunia di Hospital Sibu petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sarikei, Superintenden Mat Jusoh Muhamad berkata, dalam kejadian terbabit mangsa dipercayai terlibat dalam kemalangan langgar lari dengan sebuah kenderaan dipercayai lori tidak diketahui jenis termasuk nombor pendaftaran.

「Kejadian kemalangan ini berlaku pada 13 April lepas sekitar jam 2.20 petang di Kilometer 1 Jalan Kim San, dekat sini.

「Ketika kejadian mangsa dipercayai sedang dalam perjalanan dari kebun untuk balik ke rumah.

「Apabila tiba di lokasi kejadian motosikal yang ditunggang oleh mangsa dipercayai telah dirempuh oleh sebuah kenderaan yang dipercayai lori,」 kata Mat Jusoh dalam kenyataan kepada media, semalam.

Mangsa cedera parah dibawa ke Hospital Sarikei untuk mendapatkan rawatan namun disebab kecederaan serius mangsa kemudiannya dirujuk ke Hospital Sibu.

Menurut Mat Jusoh, pada 14 April (Khamis) jam 2.44 petang, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Sibu.

「Sehubungan dengan itu, kita menggesa dan memohon orang awam menyaksikan kejadian kemalangan ini untuk tampil memberi maklumat berkaitan kemalangan ini di balai polis berhampiran.

「Kes ini telah disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,」 kata Mat Jusoh lagi.

Read more: http://www.theborneopost.com/2016/04/16/saksi-kes-langgar-lari-digesa-tampil/#ixzz460UdhsWF

文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat98/node1025301

轉載請註明來源:今天頭條