Gambar mangsa culik dimuatnaik di Facebook
ASYRAF MUHAMMAD
15 APRIL 2016
Gambar yang dimuatnaik dalam Facebook hari ini.
SHAH ALAM – Gambar empat rakyat negara ini yang diculik lelaki bersenjata berhampiran Pulau Ligitan, Semporna, Sabah pada 1 April lalu, dimuatnaik ke laman sosial Facebook 'Victor Troy Poz' pada Ahad lalu.
Akaun berkenaan dipercayai merupakan akaun sementara yang digunakan oleh penculik terbabit bagi memuat naik gambar keempat-empat mangsa culik tersebut.
Menerusi gambar berkenaan, keempat-empat mangsa dilihat sedang duduk mencangkung sambil memegang sekeping kertas yang tertulis 'Victor Troy' bertarikh 8 April lalu, iaitu dua hari sebelum ia dimuat naik ke laman sosial berkenaan.
Sehingga kini, pemilik akaun tersebut hanya memuatnaik tiga keping gambar menerusi laman sosial tersebut.
[ARTIKEL BERKAITAN: Empat rakyat Malaysia diculik masih hidup]
Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, memaklumkan bahawa keempat-empat mangsa culik berkenaan iaitu Wong Teck Kang, 31; Wong Hung Sing, 34; Wong Teck Chii, 29 dan Johnny Lau Jung Hien, 21, masih hidup.
Khalid turut dilaporkan berkata, rundingan dengan pihak berkuasa Filipina masih diteruskan untuk pembebasan mereka.
文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat98/node1023779轉載請註明來源:今天頭條