Abang Johari nafi pergeseran SUPP-UPP akan jejaskan BN

Hastomo ...| 2016-04-15| 檢舉

Abang Johari nafi pergeseran SUPP-UPP akan jejaskan BN

Aedi Asri

| April 14, 2016

"Politik begitulah, tetapi saya rasa mereka juga punya disiplin dan akan akur kepada keputusan Pengerusi BN (Negeri)."

KOTA SAMARAHAN: Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Abang Johari Tun Openg menyifatkan masalah antara SUPP dan UPP hanyalah pergeseran kecil dan tidak akan menjejaskan prestasi BN Sarawak dalam PRN kali ini.

「Politik begitulah, tetapi saya rasa mereka juga punya disiplin dan akan akur kepada keputusan Pengerusi BN (Negeri).

「Perbezaan antara SUPP dan UPP juga tidaklah begitu besar,」 katanya dalam wawancara singkat bersama FMT dan TV3.

Beliau mengulas kenyataan Presiden SUPP, Datuk Dr Sim Kui Hian semalam, yang kecewa ekoran kehilangan kerusi DUN kepada penyandang yang mempunyai kaitan dengan UPP.

UPP ditubuhkan dua tahun lalu oleh bekas pemimpin SUPP, Datuk Seri Wong Soon Koh, selepas konflik dalaman parti itu. Turut menyertainya adalah beberapa wakil rakyat yang memenangi kerusi di bawah tiket SUPP sebelumnya.

Memetik laporan Star Online itu lagi, Kui Hian teramat kecewa apabila partinya kehilangan kerusi DUN Pujut kepada calon langsung BN yang mempunyai kaitan dengan parti serpihannya itu.

Penyandang kerusi DUN Satok itu juga menolak andaian beberapa penganalisis politik sebelum ini, yang mendakwa keadaan itu akan mencetuskan sabotaj dalam pilihan raya nanti.

「Yang kata sabotaj itu andaian. Selalunya orang yang mengandaikan mungkin ada sabotaj.

「Kalau SUPP sabotaj UPP, UPP pun boleh sabotaj SUPP. Akhirnya siapa yang untung?」 katanya lagi.

Sebagai penyelesaian bagi masalah pembahagian kerusi ini, Adenan melantik calon langsung BN yang sebahagiannya terdiri daripada pemimpin UPP, dengan syarat mereka keluar parti dan menyertai mana-mana parti komponen BN jika menang nanti.

文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat98/node1023387

轉載請註明來源:今天頭條