47 kilogram ganja dalam beg sekolah

Hastomo ...| 2016-04-12| 檢舉

47 kilogram ganja dalam beg sekolah

Hadzlihady Hassan

[email protected]

Georgetown: Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman merampas 47.3 kilogram ganja yang disembunyikan dalam sebuah kereta di Bukit Dumbar, di sini, pagi tadi.

Dalam serbuan jam 11.15 pagi itu, seorang lelaki berusia 37 tahun dan seorang wanita, 48, ditahan selepas cuba melarikan diri.

Sebelum itu, kedua-dua suspek sebelum itu dilihat menaiki Honda City kelabu dalam keadaan mencurigakan.

Mereka yang menyedari diekori polis memberhentikan kereta berhampiran sebuah premis di Bukit Dumbar dan cuba melarikan diri.

Bagaimanapun, kedua-duanya berjaya diberkas dan hasil pemeriksaan polis berjaya menemui beberapa beg sekolah mengandungi ganja dalam kereta terbabit.

Sementara itu, Ketu Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui akaun Twitternya malam tadi, turut mengucapkan syabas kepada STING kerana kejayaan merampas dadah dan menahan dua suspek itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 April 2016 @ 10:14 PM

文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat98/node1017471

轉載請註明來源:今天頭條