Lelaki ditemui mati disyaki mangsa langgar lari

Hastomo ...| 2016-04-12| 檢舉

Lelaki ditemui mati disyaki mangsa langgar lari

April 12, 2016, Tuesday

KUCHING: Seorang lelaki ditemui mati disyaki mangsa langgar lari di Jalan Tun Datuk Patinggi Abdul Rahman Ya』akub, lewat malam kelnarin.

Mangsa dikenali sebagai Masri Suhai Melian, berusia 35 tahun dan berasal dari Jalan Matang.

Menurut sumber, mangsa semasa kejadian berjalan kaki seorang diri apabila disyaki dilanggar sebuah kenderaan menyebabkan dia tercampak ke tepi jalan berkenaan.

Orang awam yang menyedari insiden sekitar jam 12 tengah malam itu kemudian segera membantu mangsa selain turut menghubungi pihak ambulans dan keluarga mangsa.

「Mangsa yang parah di kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh anggota paramedik yang dikerahkan ke tempat kejadian,」 kata sumber.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat dan siasatan polis berhubung kejadian juga masih dijalankan.

Sehingga berita ini ditulis semalam, difahamkan polis masih menjejaki individu yang bertanggungjawab atas kematian mangsa.

文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat98/node1017452

轉載請註明來源:今天頭條