SEJARAH TAMAN GUNUNG GADING LUNDU SARAWAK

Hastomo ...| 2016-04-07| 檢舉

Taman Negara Gunung Gading merupakan salah satu keistimewaan yang terdapat di daerah Lundu. Hal ini kerana, Taman Negara Gunung Gading mempunyai tarikannya yang tersendiri iaitu Bunga Rafflesia; bunga terbesar di dunia. Selain itu, Taman Negara Gunung Gading juga merupakan salah satu tempat yang terbaik di Asia untuk melihat bunga Rafflesia berkembang. Terdapat 17 spesies bunga Rafflesia dan ada segelintirnya telah diancam kepupusan. Tiga spesies bunga Rafflesia terdapat di Sarawak iaitu; 『Rafflesia Pricei』 , 『Rafflesia Arnoldi』 dan 『Rafflesia Tuan-Mudae」. Cuma satu spesies bunga Rafflesia sahaja yang dijumpai di Taman Negara Gunung Gading iaitu 『Rafflesia Tuan-Mudae』.

Gunung Gading telah diwartakan sebagai Taman Negara pada 1 Ogos 1983 untuk memberi kawasan pemuliharaan untuk melindungi bunga Rafflesia yang hampir pupus. Pada tahun 1994, Taman Negara Gunung Gading telah dibuka kepada orang awam supaya pengunjung dapat melihat sendiri keindahan bunga terbesar di dunia iaitu bunga rafflesia. Selain daripada itu, Taman Negara Gunung Gading juga mempunyai tarikan yang lain seperti air terjun, laluan pejalan kaki, beberapa tempat mandi-manda serta pemandangan hutan simpan yang indah untuk dikunjungi. Taman Negara ini juga merupakan habitat semulajadi bagi beberapa flora dan faunaPada mulanya taman negara ini merupakan sebuah kawasan perlindungan tertutup bagi tumbuhan Rafflesia yaitu bunga terbesar di dunia yang bisa membesar hingga bergaris tengah satu meter.

Walau bagaimanapun, setelah menjalani kajian luas tentang alam sekitar, Jabatan Taman Negara membuat keputusan bahwa Gunung Gading adalah harta negara yang berharga yang perlu kerjasama dengan masyarakat awam.

Oleh itu, taman negara ini dibuka bagi orang banyak pada tahun 1994. Taman Negara Gunung Gading dikelola rapi oleh Jabatan Taman Negara untuk memastikan pengunjung mendapat peluang yang terbaik untuk melihat sendiri bunga Rafflesia yang berkembang tanpa memusnahkan kudup bunga tersebut ataupun tumbuhan lain di sekitarnyaSebuah jalur kayu telah dibangun di tempat dimana Rafflesia tersebut lazim kelihatan untuk pengunjung datang kesini sewaktu bunga Rafflesia ini mengembang.

Trek jalur hutan membawa pengunjung menuju ke sungai, air terjun dan kawasan gunung dan sebuah jalur lagi membawa pengunjung ke puncak Gunung Gading (906 m). Bentuk permukaan kawasan gunung ini begitu dramatik menyediakan latarbelakang yang indah pada daerah Lundu yang berdekatan serta pantai-pantai di Pandan dan Siar.

文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat77/node1007926

轉載請註明來源:今天頭條