Pengenalan Kepada Sejarah
Perkataan Sejarah (History) yang kita gunakan pada masa kini berasal daripada perkataan Arab iaitu Syajaratun yang bermaksud pohon atau pokok. Dari sudut lain pula, istilah history merupakan terjemahan dari perkataan Yunani yakni Histories yang membawa makna satu penyelidikan ataupun pengkajian. Terdapat beberapa pandangan mengenai definisi sejarah yang dikeluarkan oleh beberapa tokoh Sejarah anataranya ialah :
1) "Bapa Sejarah" iaitu Heredotus, Sejarah ialah satu kajian untuk menceritakan satu kitaran jatuh bangunnya seseorang tokoh, masyarakat dan peradaban.
2) Aristotle, bahawa Sejarah merupakan satu sistem yang mengira kejadian semulajadi dan tersusun dalam bentuk kronologi. Pada masa yang sama, menurut beliau juga Sejarah adalah peristiwa-peristiwa masa lalu yang mempunyai catatan, rekod-rekod atau bukti-bukti yang kukuh.
3) Menurut R. G. Collingwood, Sejarah ialah sejenis bentuk penyelidikan atau suatu penyiasatan tentang perkara-perkara yang telah dilakukan oleh manusia pada masa lampau.
4) Shefer pula berpendapat bahawa Sejarah adalah peristiwa yang telah lepas dan benar-benar berlaku.
5) Drs. Sidi Gazalba cuba menggambarkan sejarah sebagai masa lampau manusia dan persekitarannya yang disusun secara ilmiah dan lengkap meliputi urutan fakta masa tersebut dengan tafsiran dan penjelasan yang memberi pengertian dan kefahaman tentang apa yang berlaku.
Sebagai usaha susulan dalam memahami sejarah, Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka telah memberikan Sejarah sebagai asal-usul, keturunan, salasilah, peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau, kisah, riwayat, tambo, tawarikh dan kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa yang telah berlaku.
Sejarah dalam erti kata lain digunakan untuk mengetahui masa lampau berdasarkan fakta-fakta dan bukti-bukti yang sahih bagi membolehkan manusia memperkayakan pengetahuan supaya waktu sekarang dan akan datang menjadi lebih cerah. Dengan itu akan timbul sikap waspada (awareness) dalam diri semua kelompok masyarakat kerana melalui pembelajaran Sejarah, ia dapat membentuk sikap tersebut terhadap permasalahan yang dihadapi agar peristiwa-peristiwa yang berlaku pada masa lampau dapat dijadikan pengajaran yang berguna. Pengertian Sejarah boleh dilihat dari tiga dimensi iaitu epistomologi (kata akar), metodologi (kaedah sesuatu sejarah itu dipaparkan) dan filsafat atau pemikiran peristiwa lalu yang dianalisa secara teliti untuk menentukan sama ada ia benar atau tidak.
Seperti kita sedia maklum bahawa Negara Malaysia tediri daripada Semenanjung Tanah Melayu yang terletak di bahagian paling selatan benua Asia, dan negeri Sabah dan Sarawak di Utara Pulau Borneo yang terletak ke arah timur laut 530 kilometer seberang Laut Cina Selatan.
Dalam entri blog kali ini, kita akan membincangkan secara khusus mengenai Sejarah Awal Sabah dan Sarawak.
SEJARAH SABAH
Sabah diambil alih oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (British North Borneo Chartered Company) pada 1881 dan menjadi sebuah negeri naungan Empayar British pada 1888. Walaubagaimanapun hal ehwal dalam negeri masih diselaraskan oleh Syarikat Berpiagaam Borneo Utara British. Pemerintahan Syarikat Borneo Utara Bristish tamat pada 1946 dan ia menjadi tanah jajahan Borneo Utara sehingga penyertaanya dalam Persekutuan Malaysia beserta Sarawak, dan Singapura pada 16 September 1963.Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu, yang terletak di Residensi Pantai Barat Sabah. Semasa zaman penjajahan British, Kota Kinabalu dikenali sebagai Jesselton.
Asal usul nama Sabah
Nama negeri Sabah dikatakan berasal daripada perkataan 『saba』 iaitu sejenis buah pisang yang dipanggil pisang saba oleh masyarakat kaum Suluk (Sulu), yang sangat popular dibuat pisang goreng. Pisang saba ini juga dikenali sebagai pisang jaba oleh segolongan masyarakat Bajau. Negeri ini disebut sebagai Sabah kerana masyarakat di sekitar pantai barat negeri Sabah kebanyakannya menanam pisang jenis ini sebagai bahan makanan.
Menurut beberapa sumber, nama "Sabah" mula digunakan pertama kalinya pada awal abad ke-15 oleh para pedagang yang menggembara dari Kepulauan Borneo Utara hingga ke Kepulauan Sulu di Selatan Filipina. Sebagai kesimpulannya, nama "Sabah" sudah mula digunakan sejak sebelum kedatangan Syarikat Berpiagaam Borneo Utara dan British lagi.
Setelah negeri Sabah diambil alih oleh Syarikat Berpiagaam Borneo Utara, nama "Sabah" telah ditukar kepada "Borneo Utara" dan digunakan secara rasmi pada 1881. Walau bagaimanapun, nama "Sabah" kembali digunakan pada tahun 1963 iaitu selepas menyertai Malaysia.
Masyarakat Sabah
Berdasarkan kepada jumpaan arkeologi, Sabah telah diduduki oleh penghuni sekurang-kurangnya 28,000 tahun yang lalu. Islam sampai di Sabah menjelang akhir abad ke-15 dan ke-16 melalui pedagang Arab dan India dan juga hasil dari pengembangan kerajaan Kesultanan Melayu Brunei dan Kesultanan Sulu. Pihak Kesultanan Sulu lah yang telah bertanggungjawab mengislamkan orang-orang Idaan pada sekitar abad ke-17 atau ke-18. Orang-orang Eropah datang ke Sabah dua abad kemudiannya untuk tujuan perdagangan.
Sistem pemerintahan di Sabah
Sebelum abad ke-16, Sabah tidak mempunyai pemerintahan beraja menyebabkan system pemerintahan di Sabah terbahagi kepada tiga iaitu sistem politik kesukuan, sistem politik kesultanan dan sistem politik ketua babas.
Sabah telah ditakhluki oleh Kesultanan Brunei pada abad ke-17. Bagaimanapun, apabila Brunei dilanda perebutan kuasa dari tahun 1662. Sultan Muyiddin menyerahkan kawasan timur laut Brunei kepada Sultan Sulu, akibatnya Sabah diperintah oleh dua kuasa, Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu.
Kedatangan penjajah
Sabah telah ditadbir dengan jayanya oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British dari 1881 sehingga pendudukan tentera Jepun pada tahun 1942. Selepas kehancuran akibat peperangan Dunia Kedua, Sabah menjadi tanah jajahan British dan mencapai pemerintahan sendiri dari pihak British. Pada 16 September 1963, Sabah bersama Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu menjadi Persekutuan Malaysia.
Pada waktu sebelum abad ke-6, kawasan yang kini dikenali sebagai Sabah, Brunei dan Sarawak adalah dibawah Kesultanan Brunei dan juga merupakan pusat perdagangan dengan China. Pada masa itu Sabah, Brunei dan Sarawak juga dipengaruhi oleh dua kuasa besar pada waktu itu, iaitu Sriwijaya di Sumatra dan kesultanan Sulu di Kepuluan Filipina. Hal ini menyebabkan Sabah berada dalam keadaan yang aman berikutan kedua-dua kuasa besar ini tidak mahu bergaduh.
Sabah diambil alih oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (British North Borneo Chartered Company) pada 1881 dan menjadi sebuah negeri naungan Empayar British pada 1888. Walaubagaimanapun hal ehwal dalam negeri masih diselaraskan oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara Bristish. Pemerintahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British tamat pada tahun 1946 dan menjadi tanah jajahan Borneo Utara. Penyerahan Borneo Utara oleh pihak BNBCC telah melanggar syarat "Perjanjian Pajakan/Sewaan Wilayah North-Borneo" yang telah termeterai diantara Sultan Sulu dan Mr.Barron de Overback & Mr.Alfred Dent, yang telah membentuk Syarikat Berpiagam dan akhirnya wilayah North-Borneo diletak dibawah naungan pihak British. Namun begitu, kedaulatan North-Borneo masih berada di atas kuasa Kesultanan Sulu. Kuasa pihak British ke atas North-Borneo hanyalah sebagai "Pelindung & Pentadbir"(Proctorate & Administrator) termasuk sehingga penyertaanya dalam Persekutuan Malaysia beserta Sarawak, dan Singapura pada 16 September 1963.
Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu, yang terletak di Residensi Pantai Barat Sabah.
SEJARAH SARAWAK
Asal usul nama Sarawak
Asal nama sebenar Sarawak tidak dapat dibuktikan secara saintifik dan mutlak. Walau bagaimanapun terdapat beberapa pendapat yang menyatakan asal usul nama Sarawak, antaranya ialah :
1) Nama Sarawak berasal daripada nama Batang Sarawak atau Sungai Sarawak. Batang Sarawak meliputi kawasan di sekitar Kuching hingga ke seluruh Sarawak.
2) Nama Sungai Sarawak adalah diambil dari nama sejenis galian batu bijih iaitu "serawak" yang mengandungi belerang dan antimoni (Rujuk Kamus Dewan edisi 3). Ini bertepatan sekali dengan sejarahnya iaitu semasa Sarawak di bawah pemerintahan Kesultanan Brunai, wilayah Sarawak ketika itu kaya dengan antimoni.
Sejarah purba
Sarawak ialah salah satu negeri di Asia Tenggara yang diduduki oleh manusia. Ia berlaku kira-kira 40 000 tahun dahulu. Penemuan arkeologi seperti tulang manusia, tembikar, dan bekas perkuburan membuktikan bahawa manusia telah mendiami Sarawak sejak sebelum Masihi lagi.
Kurun-10 hingga Kurun-19
Sarawak dikatakan berada di bawah kekuasaan kerajaan Srivijaya pada kurun-10 hingga kurun-13. Penguasaan kerajaan Srivijaya ke atas wilayah pesisiran Sarawak telah membolehkan orang-orang Melayu dari Sumatera berhijrah dan menetap di kawasan pesisiran Sarawak. Orang Melayu telah membuka penempatan mereka di Santubong yang merupakan antara pelabuhan entrepot terpenting di Nusantara. Ini telah dibuktikan dengan dengan penemuan bahan artifak seperti pasu zaman dinasti Han Cina di Santubong.
Setelah kejatuhan kerajaan Srivijaya pada kurun-13, Sarawak dikuasai oleh kerajaan Majapahit. Seorang putera Raja Majapahit iaitu Raden Menteri Dipati Jepang atau Datu Merpati Jepang telah berhijrah ke Sarawak pada kurun ke-15. Baginda telah berkahwin dengan Datu Permaisuri anak perempuan Raja Jarom Jawa di Johor sebelum berhijrah ke Sarawak. Daripada keturunan Datu Merpati Jepang, muncullah golongan bangsawan Melayu Sarawak yang bergelar Abang. Golongan Melayu perabangan Sarawak telah memegang jawatan terpenting seperti Datu Patinggi, Datu Temenggong, Datu Bentara pada zaman pemerintahan Brooke di Sarawak.
Penglibatan Inggeris
Apa yang diketahui secara pasti, Sarawak terletak di bawah penguasaan Kesultanan Brunei pada awal abad ke-19.
Sarawak merupakan sebuah wilayah yang dikawal secara tidak rasmi oleh Kesultanan Brunei pada awal abad ke-19. Sarawak pada masa itu dipimpin oleh Datu Patinggi Ali . Pada tahun 1937 berlaku penentangan yang diketuai oleh Datu Patinggi Ali yang bermatlamatkan pembebasan Sarawak daripada penguasaan Kesultanan Brunei. Berikutan itu, Sultan Brunei telah menghantar Pangeran Muda Hashim ke Sarawak untuk menamatkan pemberontakan dan mengembalikan keamanan Sarawak namun tidak berjaya. Kemudian pada 1839, Muda Hasim menghantar surat perutusan kepada James Brook. Beliau meminta bantuan James Brooke untuk membantu menenangkan keadaan Sarawak yang kacau bilau pada masa itu. James Brooke yang mempunyai angkatan perang yang lengkap berjaya menamatkan pemberontakan Datu Patinggi Ali dan sebagai balasan James Brooke dilantik menjadi gabenor Sarawak pada 24 September 1841, dan seterusnya Rajah pada 18 Ogos tahun berikutnya.
Sewaktu kematian James Brook pada 1868, anak saudaranya iaitu Charles Anthoni Johnson Brooke menjadi Rajah dan seterusnya takhta pemerintahan diwaris oleh anakandanya, Charles Vyner Brooke.
Wilayah Brooke diperluaskan dengan pantas di bawah pemerintahan ketiga-tiga raja itu, kebanyakannya melalui penjajahan kawasan dibawah kawalan Kesultanan Brunei.
Dinasti Brooke memerintah Sarawak selama seratus tahun dan mencapai kemasyhuran sebagai 「Raja Putih」 ("White Rajahs"), dan diberi taraf yang serupa dengan raja-raja India dalam Empayar British.
Berbanding kebanyakan kawasan empayar yang lain, keluarga Brooke mengamalan dasar paternalisme untuk melindungi penduduk tempatan daripada eksploitasi Kesultanan Brunei dan pendatang asing. Mereka memerintah dengan memberi bantuan kepada pemimpin tempatan dan menggaji pahlawan Dayak sebagai askarnya. Mereka juga menggalakkan imigrasi kelas perdagangan Cina.
Sejarah moden
Jepun menyerang Sarawak pada 1941 dan menguasai Sarawak sepanjang Perang Dunia II. Pada tahun 1945 penjajahan Jepun menemui penghujung dan pemerintahan Sarawak diambil alih oleh British Borneo Civil Affairs Unit yang dikawal selia oleh Tentera Australia.
Sarawak merupakan salah satu daripada punca utama Konfrontasi Indonesia pada tahun antara 1962 dan 1966. Ia menjadi sebuah negara merdeka dan kemudian menjadi negeri autonomi Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 sungguhpun pada awalnya, ia mengalami penentangan daripada sebahagian penduduknya kerana tidak mahu Sarawak diperintah oleh Malaysia.
Rumusan
Credit to,
AM Ramlang Bin Nasir (07DPM14F2102)
Roslan Bin Ramlih (07DPM14F2103)
Mohd Sallehuddin Bin Ghazali (07DPM14F2104)
Nurnasrudin Bin Rizam (07DPM14F2126)
BIBLIOGRAFI
Wikipedia
Youtube
Buku Sejarah Tingkatan 5
Buku Kajian Tempatan Tahun 5
轉載請註明來源:今天頭條