Jerebu Melebihi 900 : Riau Diisytihar Kawasan Darurat

soh cen ...| 2015-09-15| 檢舉

Jerebu: Riau Diisytihar Kawasan Darurat

JAKARTA, 15 Sept -- Indonesia pada Selasa mengisytiharkan Riau sebagai kawasan darurat setelah keadaan jerebu di wilayah tersebut dilapor berada pada tahap sangat berbahaya.

Jerebu menyelubungi sebuah jambatan yang menyeberangi sungai Siak di Pekanbaru, provinsi Riau (Gambar)

Media tempatan melaporkan Indeks Pencemaran Udara di Riau melebihi bacaan 900 dengan tahap penglihatan tidak sampai 100 meter yang mengakibatkan aktiviti ekonomi dan sosial temasuk di Lapangan Terbang Internasional Sultan Syarif Kasim II lumpuh.

Akhbar tempatan Riau, Tribun Pekanbaru memetik Pemangku Gabenor Riau, Arsyadjuliandi Rachman sebagai berkata ibu kota Riau iaitu Pekanbaru berada dalam keadaan sangat tidak sihat.

"Pekanbaru sudah tidak layak untuk dihuni kerena kualiatas udaranya sudah berbahaya. Angka polutan (pencemaran) yang baru saya dengar mencapai 1,000 lebih," katanya.

Sementara itu Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan Republik Indonesia, Siti Nurbaya Bakar dipetik sebagai berkata pihak berkuasa tempatan di Riau telah diarah untuk membuka pos kesihatan bagi memberi bantuan kepada masyarakat setempat.

Katanya pihak berkuasa juga sedang memantau proses memadam kebakaran hutan dan ladang di Jambi dan Sumatera Selatan.

Asap tebal akibat kebakaran hutan di kedua-dua wilayah itu dilapor telah membawa jerebu yang teruk ke Malaysia dan Singapura.

Siti Nurbaya berkata usaha pemadaman terus dilakukan dengan menggunakan pesawat pengeboman air dan pembentukkan awan hujan.

"Saat ini sudah ditumpahkan sebanyak 18 juta liter (air) di Riau dan 12 juta liter di Sumatera Selatan untuk pengeboman air dan sudah ditaburkan garam untuk hujan buatan sebanyak 120 ton di Riau dan 56 ton di Sumatera Selatan dan Jambi," katanya.

Presiden Jokowi yang kini dalam rangka lawatan ke timur tengah dilapor telah memberi arahan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap dalang kebakaran hutan dengan mereka yang masih berdegil meneruskan aktiviti kebakaran hutan dan ladang perlu dikenakan tindakan undang-undang.

Jerebu Merebak Ke Malaysia Dan Singapura, Ahli Parlimen Indonesia Minta Maaf

KUALA LUMPUR – Seorang ahli Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia memohon maaf kepada Malaysia dan Singapura berikutan masalah jerebu yang melanda kedua-dua negara berkenaan.

Ahli parti Nasional Demokrat, Hamdhani Mukhdar Said dari daerah pemilihan Kalimantan Tengah berkata, kerajaan Indonesia sedang melakukan tindakan pencegahan bagi menangani kebakaran yang berlaku di beberapa daerah di Sumatera dan Kalimantan.

「Kami minta maaf dari pemerintah Malaysia dan Singapura dalam hal ini (jerebu). Ia tidak disengajakan… Pemerintah Indonesia telah melakukan maksimal untuk menangani ini, malah presiden kami (Joko Widodo) juga sudah turun ke lokasi,」 katanya kepada pemberita di Perhimpunan Agung kali ke-36 Perhimpunan Antara Parlimen Asean (Aipa) di sini, hari ini.

Beliau berkata, Indonesia sedang mengalami musim kemarau yang menyebabkan berlakunya kebakaran hutan.

「Ada juga masyarakat yang membuka ladang, kalau membakar kita akan hukum.

「Tetapi ada juga akibat dari keadaan yang terlalu panas, jadi hutan-hutan yang kering terbakar sendiri, perusahaan kelapa sawit milik Malaysia juga terbakar,」 katanya.

Bagaimanapun, katanya, keadaan hujan termasuk yang berlaku di Kuala Lumpur ketika ini diharap dapat membantu mengurangkan jerebu.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, tujuh kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (位址U) tidak sihat melebihi 100 setakat pukul 8 pagi tadi.

Tiga kawasan di Negeri Sembilan merekodkan bacaan 位址U tidak sihat – Nilai (135), Port Dickson (117) dan Seremban (114).

Turut merekodkan bacaan tidak sihat ialah Bandaraya Melaka (111), Batu Muda (Kuala Lumpur) (108) dan Banting (106)

文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat65/node597355

轉載請註明來源:今天頭條