Perodua Bezza Bersedia Untuk Dilancarkan 21 Julai Ini?
admin | July 13, 2016 | New Cars

Seperti yang diketahui, Perodua dikatakan bakal melancarkan sebuah sedan pada 21 Julai ini. Ia dikenali sebagai Bezza! dan ia merupakan model sedan EEV pertama Perodua dengan teknologi maju 22km/l pemanduan eko.
Sebelum ini sekeping gambar yang viral di media sosial menampakkan rupa hadapan model tersebut. Dan hari ini pula kita turut melihat imej belakang model ini.
Menurut info di media-media sosial, Perodua Bezza ini dibangunkan dari platform Axia. Kemungkinan ia adalah sedan kecil dalam segmen A atau B sepertimana Proton Saga.
Jika dilihat dari segi rekaan dan bentuk badan ia kelihatan seperti model Toyota Axio terutama pada bahagian fender, sisi dan bahagian belakang.
Perodua Bezza hadir dengan 3 variant Standard G 1.0 vvt-i, Premium X 1.3 dual vvt-i, Advance 1.3 dual vvt-i. Semua model dilengkapi ABS, EBD, BA, Ruang bonet 500 liter. Model advance pula dilengkapi VSC (Vehicle Stability Control).
Perodua Bezza ini bakal mencabar Proton Saga yang mana Saga merupakan pilihan utama bagi keluarga kecil dan individu yang baru ingin berkereta di negara kita.
文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat113/node1171761
轉載請註明來源:今天頭條