5 Petua Berkesan Halau Semut Dari Mendekati Makanan
By lokman amirul5:31 PTG Tiada ulasan:
Letak sahaja makanan di meja makan, mulalah semut datang. Ada gula ada semut, itu orang zaman dahulu cakap tapi sekarang asal ada makanan ada semut. Lagi-lagi semut yang kecil, nak disembur racun serangga, makanan pula yang dihurungnya.
Dah tu nak buat apa bila semut datang hurung makanan? Ini Wanista kongsikan beberapa petua mudah untuk menghalau semut dari mendekati makanan.
1. Sembutkan air limau nipis di kawasan yang dikenal pasti sebagai kubu semut. Limau nipis mengandungi asam yang boleh menghalang pergerakan semut.
2. Tanam jenis beberapa pohon seperti Lavender atau tumbuhan Mint. Tumbuhan ini memiliki aroma yang tidak digemari serangga seperti semut. Sebaiknya tanamlah di halaman yang sering terjadi berkumpulnya semut.
3. Bahan – bahan seperti kulit kayu manis, bunga cengkih, serbuk penaik, kulit limau dan kapur juga boleh ditaburkan di kubu semut.
4. Gunakan silika gel di ruangan penstoran yang lembap, kelembapan biasanya memancing bau yang mengundang semut.
5. Bersihkan ruang penstoran dan lain-lain secara rutin daripada sisa makanan. Kebersihan ialah kunci penting untuk menghindarkan semut dari menyerbu ke kediaman anda.
文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat113/node1170234
轉載請註明來源:今天頭條