GEMPAR 'WAJAH' MISTERI MUNCUL DI GUNUNG KINABALU!
DIMINOS 9:45 PM SENTIASAPANAS NO COMMENTS
Kemunculan imej yang menyerupai 'wajah' pada permukaan puncak di Gunung Kinabalu mengejutkan pendaki dan pengguna media sosial. Imej pemandangan unik berkenaan kini menjadi viral.

Pengurus Taman Kinabalu, Yassin Miki berkata lakaran 'wajah' dapat dilihat dengan jelas dalam keadaan pencahayaan tertentu di atas gunung.
"Ia hanya dapat dilihat selepas matahari terbit. Pemandangan wajah tersebut akan menjadi ketara,"
katanya.
Sesetengah pendaki yang pernah melihat pembentukan 'wajah' itu berkata ia lengkap dengan mata, hidung dan mulut.
Yassin berkata pembentukan 'wajah' berkenaan adalah ketara sejak sebelum kejadian gempa bumi tahun lalu. -mStar
Wajah Misteri Aki Nabalu
Sebelum ini juga, semasa kejadian gempa bumi melanda Kundasang, Ranau, penampakan wajah misteri warga tempatan Sabah pertama yang mendaki Gunung Kinabalu, Gunting Lagadan, pada kawasan gunung yang runtuh pernah menggemparkan masyarakat Sabah.
Adakah wajah misteri kali ini membawa bersama khabar yang tidak menyenangkan?
Penampakan Raut wajah iras-iras aki nabalu.
Sama-sama kita nantikan dan semoga apa pun bala malapetaka yang mungkin akan berlaku, semoga dijauhkan dari rakyat Sabah khususnya.
文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat113/node1140461
轉載請註明來源:今天頭條