Lagi penemuan.. Kali ini barangan yang kemungkinan milik 370

Naan Ma ...| 2016-06-21| 檢舉

Lagi penemuan.. Kali ini barangan yang kemungkinan milik penumpang pesawat MH370

Leave a reply

Lagi penemuan.. Kali ini barangan yang kemungkinan milik penumpang pesawat MH370 | Beg Angry Bird milik kanak-kanak, beg komputer riba dan beg tangan wanita antara barangan dipercayai milik penumpang pesawat MH370 ditemui di panyai Madagascar oleh peguam dari Amerika Syarikat, Blaine Gibson.

Gibson, 56, dari Seattle, yang berusaha mencari petunjuk mengenai pesawat itu berkata, tidak dapat dipastikan kemungkinan barangan yang ditemui itu milik penumpang MH370 yang hilang dua tahun lalu, kecuali ia ditemui sepanjang 18 kilometer pantai yang sama dengan serpihan pesawat ditemui sebelum ini.

Beliau menyerahkan gambar barangan terbabit yang ditemuinya sepanjang berada di Madagascar kepada kumpulan kempen Air Crash Support Australia dengan harapan rakan atau ahli keluarga mangsa dapat mengenal pasti barangan itu. Mac lalu, Gibson menemui serpihan pesawat di beting pasir pantai Mozambique dan setakat ini pihak berkuasa yakin ia serpihan pesawat Boeing 777 MH370.

Pesawat MH370 dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing in March 2014 dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal apabila ia hilang dan dipercayai terhempas dalam Lautan Hindi. -AP

文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat113/node1138503

轉載請註明來源:今天頭條