Kerajaan Sarawak perkenal rumah mampu milik 「Spektra」 untuk tangani keperluan rumah bagi golongan pertengahan dan rendah di Sarawak – Abang Johari
By Asmah Adenan -
June 19, 2016

KUCHING: Bagi membolehkan orang ramai termasuk kalangan golongan pertengahan memiliki rumah sendiri, kerajaan negeri telah memperkenalkan satu skim baharu yang dinamakan Skim Perumahan Khas Rakyat atau 「Spektra」.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, Spektra merupakan jenama Sarawak yang menawarkan pelbagai kategori rumah mampu milik yang dicadangkan kerajaan menerusi Dasar Rumah Mampu Milik, yang mula diimplimentasikan sejak April lalu.
Kata Menteri Perumahan dan Urbanisasi itu lagi, skim Spektra yang menggantikan terminologi 「rumah kos rendah」 terbahagi kepada 「Spektra Lite」 dan 「Spektra Medium」 dan dijual pada harga yang amat praktikal.
「Ia adalah skim kita sendiri dan ini membuktikan kita tidak lagi bergantung kepada skim perumahan kerajaan pusat untuk menyediakan perumahan kepada rakyat,」 katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa dan penyampaian sumbangan kepada masjid dan surau di bawah HDC dan Persatuan Wartawan Bahagian Kuching di Pusat Konvensyen Borneo dekat ini.
Jelasnya, untuk tujuan penyediaan skim ini, kementeriannya telah mengadakan lawatan ke Australia dan Singapura bagi meninjau konsep yang ada dan ternyata model Singapura lebih sesuai untuk diimplementasikan di Sarawak.
Rumah mampu milik Spektra Lite merupakan rumah teres yang harganya tidak melebihi RM100 ribu untuk rumah teres lot tengah manakala untuk rumah teres di lot selekoh, ia tidak harus melebihi RM120 ribu.
Spektra Medium pula lebih sesuai untuk golongan pertengahan kerana menawarkan harga tidak melebihi RM135 ribu untuk lot teres tengah manakala lot teres selekoh menawarkan harga tidak melebihi RM168 ribu.
Jelas Abang Johari, menerusi polisi baharu ini, saiz rumah-rumah mampu milik ini juga dilebarkan kepada 700 kaki persegi berbanding 444 kaki persegi sebelum ini.
Rumah-rumah ini kelak akan memuatkan tiga bilik tidur berbanding hanya dua sebelum ini, dan dijangka dapat memenuhi kehendak persekitaran kediaman yang yang kondusif dan sesuai untuk generasi masa depan Sarawak. – Sarawakvoice.com
轉載請註明來源:今天頭條