Bantuan Khas Kewangan RM500 Kepada Penjawat Awam Semperna Ai

Naan Ma ...| 2016-06-08| 檢舉

Bantuan Khas Kewangan RM500 Kepada Penjawat Awam Semperna Aidilfitri 2016

Eddie Channel

Add Comment

Isu Semasa

Wednesday, 8 June 2016

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Dalam kenyataan di sini, beliau berkata bantuan khas RM250 akan turut dinikmati 743,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan mereka.

"Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat pada 13 Jun ini," katanya sambil menambah ia melibatkan anggaran peruntukan kewangan RM1 bilion.

"Kerajaan berharap pemberian bantuan khas ini dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara bagi persiapan Hari Raya Aidilfitri 2016," kata perdana menteri.

Najib menarik perhatian bahawa penjawat awam akan menikmati satu kenaikan gaji tahunan (KGT) pada Julai ini yang melibatkan anggaran implikasi kewangan RM1.1 bilion.

文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat113/node1119450

轉載請註明來源:今天頭條