CARA BARU RENEW ROADTAX & INSURAN KERETA BERKUATKUASA 1 SEPTEMBER 2016
info
Untuk pengetahuan, berkuatkuasa mulai 1 Jun 2016, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak lagi mengeluarkan geran atau salinan gerang yang hilang kerana telah mula kuatkuaskan penggunaan sistem sijil VOC(Vehicle Ownership Certificate). Oleh itu dengan penggunaan sistem geran sijil VOC ini, tiada lagi cetakan belakang pada geran selepas renew roadtax di JPJ.

Cara Baharu Renew Roadtax & Insuran Kereta Mulai 1.9.2016
Berkuatkuasa mulai 1 September 2016, JPJ akan laksanankan pembaharuan roadtax tanpa geran secara menyeluruh di mana pemilik kenderaan wajib hadir untuk renew dan perlu membuat pengesahan cap jari sebagai liabiliti yang bertanggungjawab merenew roadtax sesuatu kenderaan bagi tujuan keselamatan serta mengelakkan penggunaan kenderaan klon.
1. Penggunaan Geran lama akan ditukar kepada Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) mulai 1 Jun 2016.
2. Bermula 1 September 2016, Renew Roatax dan Insuran tidak lagi perlu geran kereta di JPJ. Dengan sijil VOC ini, tiada lagi cetakan belakang pada geran selepas renew roadtax di JPJ.
3. Hanya perlu hadir ke JPJ dan buat pengesahan cap jari pemilik kenderaan yang sah sahaja.
Bagaimana Jika Geran Kereta Asal Hilang?
Sekiranya tuan/puan memerlukan maklumat kenderaan kerana geran asal telah hilang, tuan/puan di sarankan ke JPJ berdekatan untuk membeli maklumat kenderaan (RM20). Dan panjangkan kepada pihak insuran 1 salinan untuk renew insurans atau claim insurans.
P/S : Semoga maklumat ini menjadi manfaat untuk anda.
轉載請註明來源:今天頭條