Cemburukan Saiz, Lelaki Kapak Zakar Sahabat Baik
Published on Jun 5, 2016 in Hangat/Utama & Sensasi
CEMBURU dengan saiz zakar rakan yang lebih besar, seorang lelaki dari Rusia tergamak memotong kemaluan kawannya itu menggunakan sebilah kapak, baru-baru ini.
Kejadian yang berlaku di sebuah perkampungan kecil di Nikolsk, Bashkortostan itu melibatkan dua lelaki berusia 52 dan 47 tahun.
Insiden itu berlaku selepas kedua-duanya mabuk teruk dan mula bertengkar di antara satu sama lain sebelum lelaki berusia 52 tahun mengambil kapak dan menghayun ke alat sulit mangsa. Insiden berlaku selepas mereka 『bertarung』 kemaluan siapa yang lebih besar dan bagus.
Menurut jurucakap polis, 「Kedua-duanya sudah dua hari minum arak tidak berhenti sehingga mabuk teruk yang mana kemudiannya telah menyebabkan kedua-duanya saling bertengkar hingga melibatkan keganasan.」
Jiran yang terdengar jeritan mangsa menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan.
Kedua-dua lelaki yang tidak didedahkan identiti mereka itu difahamkan telah bersahabat baik sejak kecil.
Mangsa dilaporkan kini berada dalam keadaan stabil dan kemaluannya mungkin dapat disambung semula selepas menjalani pembedahan.
Jika disabitkan bersalah, suspek boleh dipenjarakan sehingga lapan tahun berhubung dakwaan jenayah tersebut. –
文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat113/node1114515
轉載請註明來源:今天頭條