
CHONG SIN WOON
Timbalan Menteri Pendidikan, Chong Sin Woon berkata, ketika ini penglibatan pelajar dalam bidang tersebut tidak begitu memberangsangkan malah pelabur luar banyak menghadapi masalah di negara ini kerana kekurangan tenaga mahir dalam kalangan warga tempatan.
「Kerajaan dalam usaha memartabatkan pendidikan vokasional supaya berlaku perubahan landskap di mana aliran ini akan menjadi pilihan utama pelajar dan ibu bapa seperti kebiasaan amalan di negara-negara maju.
「Pekerja yang mempunyai kemahiran teknikal dan pernah mengikuti latihan amali sangat diperlukan oleh pihak industri pada masa kini. Sebelum ini, pendidikan vokasional hanya menjadi alternatif kepada pelajar kurang cemerlang namun ketika ini, bidang ini sudah menjadi pilihan utama.
「Kita berharap untuk melahirkan sekurang-kurangnya 250,000 pelajar dalam bidang ini menjelang 2020,」 katanya selepas merasmikan pameran dua hari Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) 2016 anjuran bersama Kementerian Pendidikan Tinggi, Pemuda MCA dan Persatuan Pusat Bertauliah-Kolej Kemahiran Jabatan Pembangunan Kemahiran (FeMAC) di sini semalam.
Jelas Sin Woon, peranan yang dimainkan oleh pendidikan vokasional untuk melahirkan ramai golongan usahawan akan dapat membantu negara dalam usaha mewujudkan lebih banyak pekerjaan.
「Bukan sahaja untuk diri mereka sendiri tetapi dalam masa yang sama memberi peluang kepada orang lain untuk bekerja. Kejayaan pendidikan di Malaysia perlu diukur bukan hanya kepada pencapaian dalam bidang akademik semata-mata, tetapi perlu ada definisi baru kepada kejayaan tersebut iaitu melalui bidang teknikal serta vokasional,」 ujarnya.
Dalam pada itu, Sin Woon yang merupakan Ketua Pemuda MCA berkata, selain kerajaan, parti politik, agensi swasta serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga komited dalam meluaskan skop bidang kemahiran setakat ini.
「Ada juga segelintir pelajar kita sanggup ke luar negara bagi mempelajari latihan kemahiran dalam bidang tertentu dan kerana itu, kerajaan kini fokus untuk memperluaskan pendidikan vokasional selain mewujudkan lebih banyak institusi pengajian tinggi vokasional pada masa hadapan,」 ujarnya.
文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat113/node1105725
轉載請註明來源:今天頭條