KWSP nafi dakwaan beri bantuan RM2,500 setiap enam bulan

Rahman ...| 2016-04-01| 檢舉

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menafikan dakwaan dalam media sosial yang ia memberi wang bantuan RM2,500 setiap enam bulan kepada anggotanya. Sebaliknya, KWSP menerusi Jabatan Hal Ehwal Korporatnya menjelaskan bahawa bayaran RM2,500 itu adalah Bantuan Kematian yang akan diberikan kepada waris pencarum yang meninggal dunia, semasa permohonan Pengeluaran Kematian dibuat.

"Bantuan Kematian itu hanya akan diberi sekali sahaja berdasarkan syarat-syarat yang diberikan. "Anggota KWSP mesti warga Malaysia yang belum mencapai umur 55 tahun semasa tarikh kematian dan permohonan pengeluaran kematian perlu dibuat dalam tempoh enam bulan daripada kematian anggota," kata KWSP dalam kenyataan hari ini.

KWSP memberi amaran bahawa ia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang didapati menyebarkan maklumat palsu tentang KSWP sehingga mencetuskan kebimbangan terhadap anggotanya.

Anggota boleh merujuk kepada KSWP atau melayari laman web www.kwsp.gov.my bagi mendapatkan sebarang maklumat mengenainya.

文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat112/node996508

轉載請註明來源:今天頭條