Harga Minyak Petrol RON95 RON97 Diesel Bulan April 2016

Herwan| 2016-03-31| 檢舉

Harga Minyak Petrol RON95 RON97 Diesel Terkini Bermula 1 April 2016. BulanMac 2016 akan berakhir pada hari Khamis depan dan pada malam 31 Mac 2016, harga runcit rasmi/ terkini Petrol RON95 RON97 Diesel untuk bulan April 2016 akan diumumkan. Ianya adalah hasil daripada pengumuman kerajaan pada 21 November 2014 yang lalu yang antara lain memaklumkan mengenai pelaksanaan sistem apungan terurus, subsidi bahan api untuk RON95 dan diesel akan dikeluarkan pada 1 Disember 2014.

Di bawah sistem ini, purata bulanan harga minyak mentah dunia serta nilai tukaran wang akan menentukan harga runcit bahan api pada bulan berikutnya. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memaklumkan bahawa notis pemberitahuan perubahan harga petrol dan diesel hanya akan dimaklumkan kepada pengusaha minyak pada setiap hujung bulan.

Harga Terkini Minyak Petrol Dan Diesel Bermula 1 April 2016

Berkuatkuasa pukul 12.01 minit pada hari Jumaat, 1 April 2016, harga runcit petrol dan diesel bagi bulan April 2016 adalah seperti berikut:

RON95 : * akan dikemaskini (RM1.60 seliter) RON97 : * akan dikemaskini (RM1.95 seliter) DIESEL : * akan dikemaskini (RM1.35 seliter)

* Harga bulan lepas Mac 2016 dalam kurungan

Harga Rasmi Minyak Petrol RON95 RON97 Diesel Di Malaysia (Disember 2014 Hingga Kini)

文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat112/node993748

轉載請註明來源:今天頭條