Anjing dirogol, digantung atas pokok

Naan Ma ...| 2016-03-29| 檢舉

Gambar hiasan.

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Seekor bangkai anjing betina yang ditemui tergantung di atas pokok di sebuah kawasan pergunungan disyaki telah dirogol sebelum dibunuh.

Laporan Metro UK mengatakan siasatan organisasi kebajikan manusia, Humane Society mendapati anjing jenis Pitbull tersebut telah diserang secara seksual dan dicekik hingga mati.

Ganjaran sebanyak AS$5,000 (RM20,087) juga ditawarkan oleh organisasi tersebut kepada mereka yang memberikan maklumat sehingga tertangkapnya suspek.

Pengarah Negeri, Dan Paul juga menyuarakan kekecewaannya terhadap penemuan bangkai anjing tersebut.

"Kejadian ini menakutkan kerana terdapat mereka yang sanggup melakukan perbuatan kejam dan seksual terhadap haiwan," kata Dan.

"Kami berharap ganjaran yang ditawarkan akan menarik mereka yang mempunyai maklumat mengenai jenayah ini," akhiri

文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat112/node990567

轉載請註明來源:今天頭條