
Mungkin bila admin sebut pasal hantu banyak diantara kita mengaitkan keberadaanya dengan tempat-tempat yang menyeramkan seperti kuburan dan tempat-tempat yang sunyi. Bagi yang berani mungkin ianya bukanlah sesuatu yang menyeramkan malah ada diantaranya yang berani mengunjungi tempat-tempat yang admin sebutkan cuma untuk suka-suka saja.
Bagi sesetengah rumah mungkin pernah mengalami ganguan-ganguan makhluk halus ini. Ia datang tidak diundang dan ada sesetengah tanda-tanda yang admin rasakan menandakan keberadaanya. Berikut merupakan 5 tanda rumah anda berhantu.
1. Gangguan suara-suara bisikan
Bila anda berseorangan diri dan tiada orang lain yang berada dirumah anda dan anda terdengar suara bisikan mungkin ini menandakan yang anda bukan berseorangan, Admin anggap anda sihat mental dan fizikal dan anda boleh berfikir dengan normal. Suara bisikan yang anda dengar itu mungkin daripada suara makhluk halus yang datang mengganggu anda dan mungkin juga tetamu yang tidak di undang ini hanya singgah kerumah anda, Jika ini terjadi rumah anda mengalami gangguan makhluk halus.
2. Munculnya kelibat-kelibat yang tidak diingini
Ini merupakan tanda yang jelas rumah anda diganggu makhluk halus. Jika anda sering nampak kelibat-kelibat yang tidak diingini, anda harus sedar yang anda bukan berseorangan ada juga kemungkinan jelmaan-jelmaan ini muncul kerana ada orang yang menghantarnya ataupun memang tempat laluan makhluk halus ini.
3. Degupan jantung tiba-tiba laju tanpa sebab-sebab yang munasabah dimalam hari
Kita tidak dapat melihat makhluk halus namun kita dapat merasakan kemunculanya. Tanda yang admn senaraikan ini mungkin menandakan yang mahluk halus ini ada berdekatan anda. Mana mungkin jantung anda berdegup pantas tanpa sebab yang munasabah. Jadi ada kemungkinan yang makhluk ini berada berdekatan anda.Jika anda mengalaminya hanya dirumah anda,kemungkinan ia adalah ganguan dirumah anda,
4. Benda bergerak dengan sendirinya
Jika ini pernah terjadi dirumah anda mungkin juga ada ganguan di tempat tinggal anda. Mana mungkin benda akan bergerak dengan sendirinya jika tiada siapa yang mengerakkanya. Berhati-hatilah anda takut-takut makhluk yang tidak diundang berada disamping anda dan ingin mengganggu anda.
5. Gangguan pada peralatan elektronik
Keberadaan hantu ini juga dikatakan dapat menggganggu siaran peralatan elektronik sepert siaran TV ataupun radio. Namun jangan ambil kesimpulan yang mentah,mungkin juga siaran peralatan elektronik ini terganggu akibat cuaca namun jika semuanya normal dan tiba-tiba terdapat gangguan siaran,mingkin ini disebabkan keberadaan makhluk yang anda tidak dapat lihat.
轉載請註明來源:今天頭條