
CASABLANCA – Suami sangat terguncang ketika mengetahui isterinya yang 「meninggal」 dua tahun lalu muncul di sela-sela acara televisyen di Casablaca, Moroko. Isteri berusaha agar boleh terhubung dengan orang-orang terkasih setelah dua tahun kehilangan hubungan.
Suaminya, Abragh Mohamed, terguncang. Ia mengatakan, ia tidak pernah mengira yang isterinya masih hidup setelah doktor memberitahunya bahawa isterinya mati kerana cedera parah akibat kemalangan jalan raya, seperti dilaporkan The Mirror, Khamis (10/3/2016).
Mulanya Abragh mendapat berita dari doktor di sebuah rumah sakit di Casablanca bahawa isterinya, yang tidak diberi nama, telah meninggal akibat cedera parah kerana kemalangan jalan raya . Suami yang berduka ketika itu percaya dan terus menguburkan isterinya.
Dua tahun setelah kematian isterinya, teman dan anggota keluarga Abragh menonton serial televisyen paling diminati di Moroko, yakni Al Mujtafun atau Al Mujtafun (Hilang). Ia kemudian amat terkejut ketika mengetahui isterinya 「muncul」 di televisyen di sela-sela acara itu.
Di sela-sela acara televisyen itu 「almarhumah」 isterinya menelon televisyen itu dan mengatakan, ia kehilangan hubungan dengan suaminya. Ia memberi nama suami dan alamat bekas rumahnya.
Abragh yang selama ini 「menduda」 tak menonton televisyen ketika wanita itu menelipon mencarinya. Namun, teman-teman dan keluarganya yang lain kemudian memberitahu yang dia dicari isterinya yang masih hidup dan hal itu membuatnya terkejut.
Isteri Arbagh, tidak disebut namanya, mengaku muncul di program TV dengan maksud untuk dapat menemukan kembali orang-orang terkasih yang telah kehilangan hubungan dua tahun.
Abragh mengatakan kepada media Sepanyol, "Saya tidak tahu yang jenazah orang lain yang kami kuburkan ketika itu dan isteri saya ternyata masih hidup."
The Thelegrap mengatakan, aparat sedang meminta keterangan terhadap pihak-pihak yang terkait, bagaimana awal mula terjadi kesilapan. Juga mengapa wanita itu baru muncul setelah dua tahun kemudian dan ke mana dia selama itu.
Satu dugaan, wanita itu kehilangan ingatan. Namun, bagaimana mungkin juga Abragh tidak memeriksa lagi ketika ia menerima jenazah dari rumah sakit dua tahun lalu. Ada misteri yang belum terungkap dan hal itu menjadi urusan polis .
Wanita itu mengaku selama dua tahun menetap di daerah pergunungan Azilal. Suaminya diberitahu oleh doktor bahswa isterinya mungkin tidak akan bertahan hidup. Namun, para doktor itu meminta agar biaya rawatan harus dibayar dalam bentuk apapun.
Abragh lalu melakukan perjalanan empat jam untuk kembali ke rumahnya. Namun, ketika ia tiba kembali di rumah sakit, ia diberitahu oleh para doktor bahawa isterinya telah meninggal.
Suami yang berduka itu pun menerima begitu saja jenazah yang telah dibungkus kain kafan dan sudah masuk dalam keranda. Ia membawa jenazah itu untuk dikuburkan di Azilal.
文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat112/node952296轉載請註明來源:今天頭條