
BUKIT BERUANG – Gara-gara melempang murid dipercayai tidak mengikut arahan, seorang guru dilempang semula hingga lebam oleh bapa murid berkenaan di kantin Sekolah Kebangsaan Ayer Molek di sini, semalam.
Guru pendidikan jasmani berusia 37 tahun itu turut diugut untuk dicederakan mengguna cota yang dibawa bapa murid lelaki darjah lima berkenaan selepas bertindak melempang guru kira-kira jam 7.45 pagi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, ekoran kejadian, guru berkenaan membuat laporan di Balai Polis Kandang jam 9.30 pagi selain mendapatkan pemeriksaan di Hospital Melaka.
「Siasatan awal mendapati pengadu melempang murid berkenaan ketika Ujian Segak dan Kecergasan pada Rabu lalu sebelum suspek yang juga seorang pekerja hotel di negeri ini datang bertemu pengadu keesokan pagi
轉載請註明來源:今天頭條