
KUALA TERENGGANU - Mahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Tok Jiring menjadi gempar apabila salah seorang pelajarnya yang baru meninggal dunia tersenyum ketka hendak dikafankan. Kejadian yang berlaku semalam selepas semua para guru dan pelajar selesai mengerjakan solat Zuhur di masjid.
Kejadian ini mengingatkan kita kepada pejuang-pejuang Islam yang mati syahid menentang musuh di medan peperangan Palestin dan Afghanistan.
Salah seorang tenaga pengajar yang berada di tempat kejadian sempat merakamkan foto tersebut. Berita dan foto tersebut juga dikatakan telah tersebar secara meluas di Facebook dan Whatsapp.
"Mulanya saya melihat wajah jenazah tersebut sama seperti jenazah yang lain. Saya menyedari kejadian ini berlaku apabila ustaz yang ditugaskan mengkafankan jenazah tersebut terpaku, seolah-olah tergamam dengan kejadian tersebut," kata salah seorang pelajar.
"Kejadian ini juga menginsafkan saya tentang pembalasan yang akan diterima selepas mati. Yang hidup pastinya akan mati juga walau sehebat mana pun kita."
Keadaan bertambah gempar apabila jenazah yang dikafan tersebut berdiri dan hendak berjalan.
Perkara tersebut disedari oleh ustaz yang mengendalikan urusan jenazah tersebut, lantas beliau mengucapkan terima kasih kepada pelajar terbabit kerana sudi menjadikan dirinya sebagai model jenazah dalam slot pengisian kursus pengurusan jenazah pelajar Tingkatan 4 di Mahad Tahfiz tersebut.
轉載請註明來源:今天頭條