
Siapa yang suka dengan parut di wajah akibat daripada ketumbuhan jerawat bukan? Pada asasnya lebih mudah untuk kita menyingkirkan jerawat daripada menghapuskan parut.
Ada beberapa perkara yang anda harus elakkan untuk hapuskan parut seperti tidak berada di bawah sinaran matahari terlalu lama dan sebagainya.
Jadi apa yang anda harus lakukan untuk merawat parut di wajah?Ayuh ikuti tips semulajadi untuk merawat parut.
Gunakan Buah Lemon
Buah Lemon merupakan pembersih muka secara semulajadi dimana kandungan Vitamin C didalam buah tersebut membantu wajah anda menghasilkan kolagen .
Caranya:
Perahkan jus lemon segar dan sapukan jus tersebut terus ke muka anda menggunakan hujung jari ataupun bebola kapas.
Jika anda mempunya kulit yang sensitif, campurkan jus lemon bersama air mawar dan sapukan pada parut di muka anda.
Anda juga boleh campurkan jus lemon bersama 2 sudu besar minyak Vitamin E dan terus sapu pada wajah anda. Vitamin E mempunyai antioksidan dimana ia bukan sahaja melindung malah menambahbaik tekstur kulit anda.
Kentang Mentah
Kentang mentah mampu megurangkan parut di wajah dari masa ke semasa.
Caranya:
Potong kentang dalam hirisan bulat dan sapukan kentang tersebut ke selueuh wajah anda. Ulang sehingga kentang tersebut sudah kering.
Selepas itu, biarkan wajah anda berehat seketika agar jus dari kentang tersebut meresap ke dalam kulit anda.
Bilas wajah anda dengan air dan sapukan pelembap muka yang bersesuaian dengan kulit anda.
Lakukan kaedah menggunakan kentang ini 3-4 kali seminggu bergantung pada keadaan parut anda.
Kulit Kayu Manis
Tumbukkan beberapa batang kayu manis menjadi serbuk. Letakkan sedikit air sehingga ia menjadi pes dan sapukan ke wajah anda.
Tomato
Buah tomato yang sudah masah dan merah boleh menghilangkan parut wajah anda.
Caranya:
Potong buah tomato tersebut dalam bentuk kepingan.
Hancurkan buah tomato tersebut sehingga sarinya terkeluar.
Sapukan sari tersebut pada wajah anda dan biarkan ia selama 15-20 minit.
Bersihkan wajah anda menggunakan air.
Lakukan langkah tersebut setiap hari untuk 1-2 minggu.
Kesimpulan
Langkah di atas sememangnya dapat membantu anda merawat parut dengan semulajadi. Ia bergantung kepada keadaan parut di wajah anda.
Apa yang penting anda harus bersabar dalam setiap perkara.
Apa Kata Pakar Wonderglow?
Pakar Wonderglow menyarankan anda menggunakan Supernova Placenta serum yang diformulakan oleh pakar dermatologi Korea dan lenyapkan parut di wajah anda dengan berkesan
Ekstrak 100% placenta tumbuhan dan semestinya ia HALAL!
Manfaat lain:
Mengekalkan keanjalan kulit Merawat Parut Menghilangkan garisan kedutan Menyihatkan kulit Menyihatkan kulit untuk kompleks wajah. Membantu mengekalkan kelembapan kulit.
Kulit akan menjadi lembut, lebih halus, dan berseri.
文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat112/node931906
轉載請註明來源:今天頭條