10 Cara jimat minyak dengan kereta transmisi automatik
Transmisi automatik ( amalkan guna D sahaja )
Jadi bagaimana nak jimatkan minyak ?
Saya akan menggunakan istilah MPG, ( miles per gallon ) yang boleh dicapai oleh kereta. Buat masa ini saya menggunakan Petronas Primax RON95 yang hanya diisi di stesen minyak Putrajaya. Kereta yang saya gunakan, 2003 BMW E39 520i SE dengan transmisi 5 kelajuan automatik. Jadi saya akan menggunakan mode D sahaja untuk ujian ini ( BMW mempunyai 3 mod pemanduan, D,DS ( sport ) dan Steptronik ( Manual ).
Cuba belajar baca RPM ( tolok belah kanan ) dan maintain tidak lebih 3000 rpm
Teknik yang saya gunakan ialah :
1. Tidak menekan minyak dengan banyak dan secara tiba-tiba sewaktu berlepas dari keadaan henti. Mulakan dengan 2000rpm kitaran enjin dan sedikit-demi sedikit maintain 2500rpm.
2. Hadkan kelajuan enjin 2000rpm - 3000rpm di highway ( saya mencapai 80kmh @ 2000rpm di highway )
3. Pilih pejabat yang menawarkan flexible working hours. Elakkan bertemu dengan kesesakan lalulintas. Jadi pilih waktu yang terbaik di mana jalan raya kosong. Dengan ini penukaran gear akan dijimatkan dan sekaligus meningkatkan mileage kereta anda.
4. Pilih waktu sedang sejuk untuk bergerak, kerana di waktu panas, petrol mudah meruap dan menambahkan pengunaan.
5. Kurangkan perubahan pendikit minyak, jika bawa 3000rpm, cuba kekalkan rentak selama yang mungkin. Ini disebabkan jika anda mengubah tekanan pedal, fuel pump akan bekerja lebih untuk menyalurkan minyak tambahan
6. Kosongkan kereta anda, jangan bawa muatan berlebihan. Lagi ringan kereta lagi jimat.
7. Pastikan tayar anda mempunyai angin yang cukup dan sekata
8. Gunakan highway dari jalan yang mempunyai selekoh. Anda secara automatik akan memperlahankan kenderaan jika menghampiri selekoh, sekaligus gear akan terturun secara automatik. Ini menyebabkan tork akan berlebihan pengunaannya, sekaligus menambahkan pengunaan minyak anda.
9. Sentiasa tambah minyak jika meter telah menunjukkan 50%. Ini kerana untuk menjaga kesihatan fuel pump anda.. Jika fuel pump sihat, minyak yang dibekalkan pun sihat.
10. Sentiasa pastikan minyak enjin ditukar mengikut waktu. Jika anda menggunakan semi sintetik, kadar 5000km sudah memadai untuk menukar ke minyak baru. Minyak yang tidak ditukar, menyebabkan enjin sukar berputar, sekaligus menggunakan banyak petrol untuk bergerak.
Bacaan on board computer menunjukkan mileage sebanyak 32.4 mpg
Jadi, setelah mengamalkan step-step di atas, saya berjaya mencatat 32mpg dari Putrajaya ke Taman Teknologi Malaysia. Kebiasaannya, kereta saya akan mencatat sekitar 26-27 sahaja.
轉載請註明來源:今天頭條