Keindahan Di Sebalik 『Future Highway』 Pan Borneo Sarawak

Rahman ...| 2016-02-20| 檢舉

Selama ni kalau outstation ke Sabah atau Sarawak, biasanya paling lama pon kena travel by road masa kat sana dalam 3 atau 4 jam je.. Trip paling jauh pon, masa dari Sibu nak ke Kuching, ada la dok dalam bas lebih kurang 8 jam untuk distance sejauh 400 km.. Kalau kat Semenanjung nih, 8 jam tuh kiranya boleh travel dari Utara ke Selatan @ Timur ke Barat la lebih kurang.. Sebabnya ada Highway dan mod pengangkutan darat yang baik.. Tak macam kat Sabah @ Sarawak nih, jalannya penuh dengan liku-liku dan onak berduri.. Chewahhh! Hahahaha.. Marah pulak orang Sabah ngan Sarawak bila baca nih nanti..

Termenung jauh dalam ERL..

Actually, jalan raya utamanya (jalan Persekutuan) kat sana bukannya tak baik, ok je cuma ada certain kawasan yang conditionnya tak berapa nak elok.. Dari segi geografi lak, jalan sana lebih bengkang-bengkok compare dengan kat Semenanjung & sangat berbukit-bukau especially kat Sabah, yang buatkan travel time menjadi lebih lama.. Lagipon banyak lori balak atau lori lebih muatan yang kerap lalu jalan kat sana, mana lah jalan tak rosak kan? Kat sini lak, kita ada choice nak gunakan jalan Persekutuan yang tak ada tol atau kalau nak lebih cepat, boleh pilih nak gunakan Highway (walaupon kadang-kadang Highway pon jem gak.. heheh)

Sampai dah ke Airport Kuching..

Trip 3 hari 2 malam kali nih atas urusan kerja.. First time ni nak merasa travel jalan darat sejauh lebih kurang 800 km dari Sematan (paling bawah bahagian Sarawak) ke Miri (kat bahagian atas dekat-dekat dengan negara Brunei)..

Trip hujung ke hujung (sepanjang line merah tuh)..

Day 1

Sampai je kat Airport Kuching, terus travel dengan kereta ke menuju ke Sematan.. Kat sini la akan jadi starting point journey kali ni.. Lebih kurang 2 jam jugak la nak ke sana, lalu Bau dan Lundu baru sampai.. Memang nyaman suasana kat sini dengan bukit bukau dan laut nya..

Masa kat Lundu, sempat singgah minum jap.. Macam biasa, bila sampai ke Sarawak, ni la minuman wajib diorder.. Teh C Peng @ Teh 3 Layer.. Layer Teh, Susu & Pandan @ Air Gula.. Fuhhhhh

Teh C Peng..

Kat sini, ada banyak resort dan chalet, tapi Sematan Beach Resort yang jadi pilihan.. Menarik resort nih, sangat recommended untuk yang datang nak berbulan madu atau just nak relaks santai-santai dengan kawan-kawan@ family.. Rate harga dalam range RM 100++ sampai RM 400 ++.. Bilik yang saya stay kali nih besar, ada bahagian attic @ loteng dengan 2 katil single.. Share bertiga bilik ni dengan membe sebab besar dan luas, lagipon rate RM 320.. Ada 1 katil queen + 3 katil single..

Signboard masuk kat simpang..

Reception Area..

Bilik nih sesuai untuk family anak ramai.. hahaha

Resort nih betul-betul tepi pantai.. Scenery dia cantik sangat.. Terus terasa macam nak honeymoon kali ke-2.. Angin kuat, so ombak pon memang kuat la.. Kalau ada niat nak mandi laut, elok simpan kemas-kemas dalam poket je la.. Better gi mandi kat swimming pool je.. Bukak pintu bilik, boleh terus terjun swimming pool.. hahaha.. Selamat sikit kot, tapi kena berhati-hati gak sebab pool tuh max 2 meter dalam..

Only one word best described this place..

「TRANQUILITY」

Swimming pool & wading pool..

Selpie sikit..

Kalau nak cari makan sedap, boleh try kat Restoran D』 Ketam.. Dekat je dengan resort nih, lebih kurang 5 minit drive.. Separuh ketam tuh je saiznya sebesar tapak tangan..Harganya tak tau la brapa, sebab orang yang belanja..Dah la sedap, orang belanja lak tuh, lagi la bertambah-tambah lazat.. Heheh..

Fuhhh.. Lazatttt..

Sekali tuh terpandang kat dalam rak kat kaunter, nampak something yang familiar.. Laaaaaa sampai ke sini ye.. Tak sangka ada teman seperjuangan kat sini.. Hahahaha.. Nampak sangat famous nya produk nih.. Kalau ada nak order set kesihatan atau lain-lain, leh kontek saya 012-565 4020 @refer blog wife saya k.. :)

Tu dia.. Jual produk Shaklee kat kedai lagi.. Takpela, sama-sama cari rezeki.. Semoga murah lagi rezeki akak kedai nih..

Day 2

Pagi-pagi lepas breakfast, terus check out.. Malam nih nak bermalam kat Sibu pulak.. So, get ready untuk trip sejauh lebih kurang 500 km.. Jangka sampai pukul 7 malam sebab nak singgah makan, solat, rehat lagi.. Sepanjang perjalanan di kiri kanan jalan, penuh dengan kehijauan flora dan bukit-bukau.. Sejuk je mata memandang.. Sepanjang jalan, ada gak singgah kat beberapa project site.. Hal-hal kerja tak diceritakan dalam entry nih takut semuanya menguap nanti.. :)

Bergambar atas jalan raya.. Pose yang jarang-jarang dibuat..

Subhanallah.. Indahnya ciptaan Allah..

Lebih kurang pukul 7 malam, tiba ke Bandar Sibu.. Malam nih menginap kat RH Hotel yang merupakan antara hotel terbaik kat sini.. Masuk nih dah kali kedua stay sini..

kredit: RH Hotel Webpage

Semangat Tahun Baru Cina..

Hotel nih pon sangat selesa.. Nak cari makan pon senang sebab betul-betul tengah bandar.. Macam-macam jenis restoran ada kat kawasan sekitar.. Shopping mall pon dekat, leh jalan kaki je.. Tido malam tuh lena tak sedar sampai la ke Subuh besoknya..

Day 3

Lepas breakfast, meneruskan misi terakhir menuju ke Miri.. Perjalanan ada lebih kurang 300 km lagi.. Dari Miri, akan ambik flight pulang ke KL pada pukul 8 malam nanti.. Sepanjang perjalanan, site visit ke beberapa tapak projek.. Alhamdulillah, kebanyakan projek sedang berjalan lancar..

Walaupun masing-masing dah lenguh pinggang, namun masih mampu memberikan senyuman manis.. Sampai nanti nak kena telan supplemen Shaklee nih.. heheh

Overall, trip kali ni sedikit-sebanyak membuka mata saya mengenai corak kehidupan masyarakat di Sarawak..Selama ni, kita tak berapa paham kesukaran masyarakat di sana dari segi mod pengangkutan.. Bagi kita yang dah biasa kat Semenanjung nih, especially kat KL @ Selangor, kebanyakan jalan raya memang dah tip-top.. Setakat nak travel 400km, 3, 4 jam dah boleh sampai sebab kita ada alternatif untuk pilih sama ada nak guna Highway atau tak..

Pernah masa kat study U dulu, dengar member Sarawak bercerita kalau nak travel hujung ke hujung Sarawak maunya makan masa 2 hari.. Dengar macam tak percaya, tapi itu lah hakikatnya.. Dah rasa sendiri, baru tau.. Condition jalan yang tak berapa nak baik di beberapa area dengan banyak kenderaan beratnya lagi, nak speeding lebih sikit pon tak boleh.. Bukannya jalan tuh tak di maintain. tapi dah lebih jangka hayat pon dan beyond maintenance repair.. Solutionnya? Upgradingsahaja..

Itu yang pihak Kerajaan tengah usahakan.. Untuk menaiktaraf jalan utama Persekutuan nih.. InsyaAllah, projek Highway Pan Borneo dah dimulakan pon & is on the way.. Lepas dah siap nanti, penduduk Sarawak boleh tersenyum lebar sebab akan dapat Highway 2 lorong 2 hala dan tanpa tol.. Sebab apa tanpa tol?? Sebabnya sana tak ada jalan alternatif..

Lagi satu, jom lah beramai-ramai kita travel ke Sarawak.. Tak perlu nak pergi jauh-jauh, yang nih pon dah dikira oversea kan, merentas Laut China Selatan & tak perlukan passport.. heheh.. Seriously, banyak tempat menarik kat sana.. Sambil bercuti, dapat gak belajar culture Sarawak.. Lepas trip kali nih, terus jatuh hati dengan Sarawak.. InsyaAllah next time boleh bawak my wifey ngan anak-anak lak ke sana :)

文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat112/node908836

轉載請註明來源:今天頭條