"AKU KENAL MELAYU MACAM MANA,SEBAB AKU PUN MELAYU....

Nur ain ...| 2016-01-29| 檢舉

Tadi aku pergi satu uptown di area Kuala Lumpur. Baru saja sampai, dah dapat satu parking baik. Dekat sangat dengan gerai-gerai. Pada masa ini, dah gembira sangat sebab jarang dapat peluang parking mudah seperti ini. Tetapi bila aku keluar je dari kereta, datang seorang lelaki ini jumpa aku.

"Bang, 5 ringgit,"

"Dah kenapa?" aku tanya.

"Kalau parking di sini kena bayar 5 ringgit," katanya.

Tiga tahu aku lepak sini, dah dekat beratus-ratus kali aku datang dan ini kali pertama orang datang minta bayar parking.

"Dah, aku tak nak bayar," aku terus hidupkan enjin kereta dan keluar dari parking. Aku parking jauh sikit dari uptown dalam jarak 500 meter juga di depan sebuah rumah kosong.

Keluar saja dari kereta, datang seorang lagi lelaki.

"Bang, parking sini kena bayar 5 ringgit,"

Ini celaka. Aku cuba buat cerita.

"Bro, sebelah ini rumah mak cik aku, takkan aku kena bayar pulak?"

"Rumah makcik ke, pakcik ke, abang kena bayar juga sebab dah parking di kawasan sini," katanya.

Hati aku jadi panas. Aku hidupkan enjin kereta dan blah dari situ. Dalam hati, takkan sesen pun aku bagi duit pada lanun-lanun macam ni. Aku parking lagi jauh, dalam 1 kilometer juga dari uptown. Ingatkan dah lega, rupa-rupanya datang juga dua lelaki naik motosikal dan berkata,

"Bang, 3 ringgit,".

Ini sudah naik lemak. Kalau ikut kawasan radar askar, tempat ini memang jauh daripada uptown yang aku hendak tuju.

"Korang ni dari mana? Kenapa aku kena bayar kat korang?"

"Ini arahan dari ketua tempat ini bang,".

"Ketua dia siapa? Datuk Bandar? Menteri?" saja aku tanya walaupun dah tahu apa ketua yang dia maksudkan.

"Kalau abang tak puas hati, abang boleh jumpa dia, nama dia XXXXX."

Aku malas nak bertekak dan berkata, "Dah, aku malas nak parking kat sini."

"Suka hatilah bang, ramai lagi nak parking kat sini,"

Kali ini, tiga kali dah aku alih parking tempat lain. Demi Allah, aku takkan bagi sesen pun pada mereka. Aku siap fikir nak balik ke bilik, tetapi masalahnya aku nak beli baju.

Tak sampai 50 meter dari tempat parking yang terakhir tadi, nampak satu tempat parking yang ada pondok pengawal. Bayaran masuk RM1.00 saja untuk sekali masuk. Tempatnya sama jauh dengan tempat aku parking last tadi.

Aku pun masuk dan tak sampai seminit, terus dapat parking.

Kau bayangkanlah ye, waktu-waktu musim perayaan seperti ini, ada pihak yang mengambil kesempatan untuk tiba duit orang dari bayaran parking. Masalahnya, orang yang dapat duit banyak-banyak ini, bukan sesiapa. Duit itu disalurkan hanya untuk poket dia saja.

Malam-malam buta macam ni mereka boleh dapat RM2,000 - RM5,000. Kau ingat halal ke duit macam ini?

Ini namanya penindasan, menindas orang yang memerlukan parking untuk beli barang. Kau tak ada hak nak ambil duit aku. Kau tak ada hak untuk kutip duit parking. Kau tak ada hak ke atas tanah yang kau caj RM4 dan RM5 itu. Tetapi ironinya, semua peminta duit bayaran parking itu adalah MELAYU.

Ya, bangsa Melayu. Aku kenal Melayu macam mana sebab aku pun Melayu. Kalau semalam di Low Yat, orang bising tentang orang Cina menindas orang Melayu, ini orang Melayu menindas orang Melayu ini macam mana nak cerita?

Aku fahamlah ada sesetengah daripada kita ini kononnya nak berjihad melawan orang kafirlah, bangsa penindaslah, tegakkan khalifahlah. Tetapi masalahnya kau pun menindas orang. Yang sedihnya kau menindas bangsa kau sendiri. Lagi sedih, entah kau fikir ke tidak bahawa kau menindas saudara segama kau sendiri!.

Aku sedih gile kot. Aku bayangkan tadi kalau ada orang Cina minta duit, mesti ramai orang Melayu kata mereka ini buat kerja haram. Tetapi kalau orang Melayu yang buat, secara automatiknya perkara itu menjadi halal.

Aku tengah panas lagi pasal hal ini tetapi aku panas macam mana pun, aku nampak ada saja polis lalu lalang di situ. Tetapi mereka buat-buat tak nampak atau memang betul-betul tak nampak kegiatan haram di kawasan uptown tadi.

Aku harap suatu hari nanti Tuhan akan jatuhkan azab ke atas golongan penindas bangsa sendiri seperti ini.

文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat112/node871701

轉載請註明來源:今天頭條