Panik sekejap..objek hitam di atas pokok cetus kegemparan..

Rahman ...| 2016-01-20| 檢舉

Panik sekejap..objek hitam di atas pokok cetus kegemparan penduduk setempat

KUALA LUMPUR: Kewujudan objek berkenaan di celah dahan pokok berhampiran kondominium berkenaan disedari kira-kira jam 5 petang dan mencetuskan kegemparan kerana disangka mengandungi bahan letupan.

Polis mengesahkan objek yang ditinggalkan berhampiran Kondominium Putramas 1, petang tadi, tidak mengandungi bahan letupan atau bahan berbahaya lain.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Mohd Sukri Kaman, berkata hasil pemeriksaan Unit Pemusnah Bom (UPB) dan Unit Anjing Pengesan (K9) mendapati objek itu tidak mengandungi sebarang bahan letupan.

"Ia hanyalah bungkusan plastik hitam mengandungi kotak kosong," katanya menerusi satu kenyataan, tadi.

文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat112/node855723

轉載請註明來源:今天頭條