
UTC Miri Akan Beri Banyak Manfaat Kepada Rakyat Sarawak
MIRI: Penubuhan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Miri memberi banyak kemudahan kepada orang awam kerana berfungsi sebagai pusat sehenti menghimpunkan pelbagai kaunter perkhidmatan kerajaan di bawah satu bumbung.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Lawrence Lai berkata apabila pusat itu beroperasi nanti, orang ramai tidak perlu membuang masa pergi ke banyak tempat kerana segala urusan boleh dilakukan di sini.
「Projek pembinaan UTC Miri merupakan kelolaan kerajaan pusat hanya mendapat kelulusan kelmarin.
「Justeru, kerja-kerja penambahbaikan perlu dilakukan bermula awal Oktober ini dan dijangka mengambil masa selama tiga bulan disiapkan sepenuhnya,」 katanya pada sidang media di sini semalam.
Lawrence berkata, pusat itu akan ditempatkan di bangunan tempat letak kereta bertingkat MBM bersebelahan Balai Polis Pusat Miri.
Kawasan terlibat di tingkat satu, sebahagian di tingkat dua serta lima dan selebihnya tingkat tiga dan empat dikekalkan sebagai tempat letak kereta.
Katanya tingkat satu menempatkan kaunter perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), MBM, pelbagai agensi kerajaan negeri, Klinik 1Malaysia dan Pusat Jagaan Kanak-Kanak.
Turut ditempatkan di tingkat sama ialaha Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), beberapa agensi kerajaan persekutuan, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Manakala tingkat dua, sebaris kawasan letak kereta direnovasi dijadikan kaunter perkhidmatan Jabatan Imigresen Malaysia.
Tingkat lima menempatkan Kompleks Belia dan Sukan yang bakal dilengkapi pelbagai kemudahan seperti gelanggang futsal yang turut dijadikan tiga gelanggang badminton, gelanggang bola jaring, pusat kecergasan, gimnasium, kawasan permainan dalaman dan pusat siber.
Menurut Lawrence, sepanjang kerja-kerja penambahbaikan beberapa kaunter perkhidmatan dan bayaran MBM di tingkat bawah pusat sehenti tersebut akan dipindahkan sementara ke Unit Perhubungan Awam di Bangunan MBM.
Manakala beberapa pejabat lain seperti LA21, pentadbiran (undang-undang), Kesihatan Awam, Seksyen Tempat Letak Kereta serta Penyelenggaraan dan Kebersihan Awam ditempatkan di Blok 9, Kompleks Oil Town bersebelahan Hotel Dynasty di sini.
「UTC akan dibuka tujuh hari seminggu bermula jam 8 pagi hingga 9 malam kecuali hari kelepasan am bagi memberi kemudahan kepada orang ramai berurusan pada bila-bila masa, sama ada hujung minggu atau selepas waktu pejabat.
「Selain itu, ia turut dilengkapi pelbagai kemudahan seperti eskalator dan lif serta boleh dihubungkan terus melalui jejambat di hadapan Bangunan MBM.
「Berkaitan bumbung jejambat yang runtuh, ia akan dibina semula dengan lebih cantik kerana merupakan laluan utama ke pusat tersebut,」 katanya sambil memberitahu UTC Miri bakal beroperasi awal Januari 2016. -UB-
轉載請註明來源:今天頭條