Koleksi Kereta Harian Milik Jutawan-Jutawan Teknologi

Bard| 2016-01-10| 檢舉

Jangan terkejut melihat senarai kereta ini. Walaupun ia kepunyaan jutawan dan billionaire bidang teknologi, anda pasti tidak menjangkakan antara golongan itu ada kenderaan yang bersifat sederhana.

Buat pengetahuan anda, semua kereta ini digunakan sebagai pengangkutan harian beberapa orang jutawan dan billionaire yang terkenal di dunia. Antaranya, pengasas dan pengasas bersama Facebook, Google, Oracle dan Dell.

Steve Ballmer

Ford Fusion Hybrid

Ford Fusion Hybrid menjadi pilihan bekas CEO Microsoft dan pemilik Los Angeles Clippers iaitu Steve Ballmer.

Dia menerima kereta pertama jenis Ford Fusion Hybrid pada tahun 2009 di mana kereta ini diserahkan sendiri oleh CEO Ford, Alan Mulally. Teknologi suara yang dikenali sebagai Ford Sync adalah hasil usahasama bersama teknologi Microsoft.

Sean Parker

Audi S5

Tesla Model S

Presiden pertama Facebook dan pengasas bersama Napster, Sean Parker kelihatan menggunakan Audi S5 di sekitar San Francisco. Walau bagaimanapun, dia memandu Tesla Model S berharga US$100,000 semasa di Los Angeles.

Mark Zuckerberg

Acura TSX

Pagani Huayra

Sebelum ini Mark Zuckerberg menggunakan Acura TSX kerana ia selamat, selesa dan tidak menjolok mata. Dia dilaporkan telah membayar US$1.3 juta untuk sebuah kereta sport Itali iaitu Pagani Huayra.

Dustin Moskovitz

Volkswagen R32 Hatchback

Pengasas bersama Facebook dan billionaire muda Dustin Moskovitz memandu Volkswagen R32 Hatchback yang kini boleh dibeli dengan harga US$13,000 sahaja.

Tim Cook

BMW 5 Series

Porsche Boxster

Kereta pertama Tim Cook (Apple) ialah Porsche Boxster. Sekarang ini dia memandu BMW 5 Series.

Jeff Bezos

Honda Accord

CEO Amazon, Jeff Bezos masih memandu Honda Accord yang dibelinya pada 1996. Kereta itu sekarang berharga US$4,000.

Michael Dell

Porsche Carrera GT

Hummer H2

CEO Dell, Michael Dell memiliki beberapa buah kereta. Antaranya Hummer H2 yang sudah tidak diproduksikan lagi dan Porsche Carrera GT.

Bill Gates

Porsche 959

Billionaire Microsoft, Bill Gates memiliki beberapa koleksi kereta Porsche. Antara kereta itu, Porsche 959 mempunyai kisah menarik di mana Bill Gates telah membelinya sebelum ia diluluskan oleh EPA atau Jabatan Pengangkutan pada 13 tahun kemudian.

文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat112/node837464

轉載請註明來源:今天頭條