Kejadian disedari bapa mangsa selepas buka pintu, dapati anaknya mati tergantung
MENGGANTUNG DIRI: Mangsa ditemui menggantung diri di dalam biliknya.
LIMBANG: Seorang lelaki ditemui mati menggantung diri oleh ahli keluarganya dalam sebuah bilik sebuah rumah di Kampung Buangsiul di sini, malam kelmarin.
Lelaki berketurunan Melayu berumur 25 tahun itu dipercayai menggantung dirinya menggunakan seutas tali sebesar jari kelingking.
Kejadian itu disedari bapa mangsa selepas membuka pintu dan mendapati anaknya menggantung diri sebelum bertindak memotong tali berkenaan untuk menurunkan mangsa ke bawah.
Ketika kejadian mangsa tidak berbaju dan hanya berseluar jean panjang.
Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata pemeriksaan dijalankan mendapati terdapat kesan jerutan pada bahagian leher mangsa.
「Tiada kecederaan lain ditemui terhadap badan mangsa,」 katanya di sini semalam.
Katanya seramai 11 anggota dan dua pegawai bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan daripada Bilik Gerakan Miri sekitar jam 9.57 malam kelmarin.
Jelasnya, mayat mangsa dihantar ke bilik mayat Hospital Limbang dan dibedah siasat jam 2.30 petang semalam.
Punca kejadian masih dalam siasatan. Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (gantung diri).
轉載請註明來源:今天頭條