Pemburu mati tertembak diri ketika hendap haiwan.

Munier ...| 2015-12-28| 檢舉

TRAGEDI BERBURU: Mangsa tertembak diri sendiri ketika berburu di Kampung Tebedu, Mawang di Serian kelmarin.

SERIAN: Keterujaan memburu haiwan di hutan bertukar tragedi apabila seorang lelaki mati selepas tertembak diri sendiri dalam kejadian di Kampung Tebedu, Mawang dekat sini, kelmarin.

Mangsa, Nam Siong yang berusia 32 tahun itu mati di tempat kejadian akibat terkena tiga das tembakan senapang milik bapa mentuanya.

Dalam kejadian sekitar jam 6.30 petang itu, mangsa bersama bapa mentua dan anak saudaranya pergi memburu di hutan berdekatan kampungnya.

Menurut sumber, mangsa berada di atas pokok yang dipercayai sedang mengendap haiwan buruan.

Bapa mentua dan anak saudaranya yang berada di pondok rehat berhampiran terkejut selepas mendengar satu dentuman kuat.

「Dia (bapa mentua) dan anak saudara mangsa bergegas membuat pemeriksaan terhadap Nam kerana memikirkan dia berjaya menembak haiwan,」 kata sumber.

Namun, sebaik menghampiri pokok itu mereka terkejut melihat mangsa terbaring di atas platform pada pokok berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berdarah.

「Senapang patah milik bapa mentuanya dijumpai di bawah pokok sebelum mendapati titisan darah pada pokok itu,」 katanya.

Setelah diperiksa, mangsa sudah tidak bernyawa akibat terkena tembakan pada bahagian dada.

Berikutan itu bapa mentuanya mengesyaki Nam tertembak diri sendiri sebelum memaklumkan kejadian itu kepada pihak polis.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Serian untuk tindakan selanjutnya sebelum diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian.

Katanya pemeriksaan awal doktor mengesahkan terdapat tiga kesan tembakan di bahagian bahu kanan dan dada, selain kesan serpihan peluru pada leher mangsa.

Susulan itu, polis turut merampas senapang patah, pakaian serta telefon bimbit mangsa untuk di jadikan barang kes,bagaimana pun setakat beeita inindi tulis kes masih dlm siasatan.

文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat112/node814212

轉載請註明來源:今天頭條