
KUALA LUMPUR - Susulan viralnya status seorang waris pesakit yang mempertikaikan jahitan luka yang dilakukan oleh doktor di Hospital Sungai Buloh, tampil beberapa pegawai perubatan memberikan penjelasan sekali gus menafikan dakwaan wanita terbabit.
BACA: 'CAMNI KE DOKTOR MALAYSIA BUAT KERJA?! - MIELA'
Tanpa menunggu masa yang lama, pihak Hospital Sungai Buloh juga tampil memberikan penjelasan dan ini jawapan mereka:
RESPON BERKENAAN STATUS SEORANG PENGGUNA FACEBOOK YANG TIDAK BERPUAS HATI DAN MEMUAT NAIK GAMBAR JAHITAN PADA KAKI PESAKIT
1. Hospital Sungai Buloh ingin respon berkenaan status seorang pengguna Facebook yang tidak berpuas hati dengan cara jahitan pada kaki pesakit dan telah dimuat naik dalam facebook pada 11 Disember 2015, 10.53 pagi. Status tersebut beserta gambar kemudiannya telah mendapat perhatian daripada pengguna facebook termasuk petugas kesihatan.
2. Untuk makluman, kulit manusia pada bahagian lutut adalah agak kendur bagi membenarkan pergerakan sendi lutut (seperti juga siku) dan tidak seperti kulit di kepala atau di kawasan muka. Luka pada bahagian lutut perlu dijahit menggunakan teknik "mattress suture" .
3. Sebenarnya doktor perlu membuat keputusan yang terbaik untuk pesakit yang sedang dirawatnya. Doktor boleh memilih untuk menggunakan teknik yang lebih mudah seperti simple interrupted suture atau memakai stapler bedah yang lebih cepat dan mudah. Namun doktor ini telah memilih untuk berdiri lebih lama dan menjahit menggunakan teknik "mattress suture" kerana teknik tersebut adalah yang terbaik bagi luka di kawasan ini.
4. Jahitan yang dilakukan kemas dan tidak terlalu ketat. Pada bahagian hujung luka dirapatkan dengan sempurna. Jika terlalu ketat, bahagian tepi luka (edge of wound) boleh mati dan menjadi hitam (necrosis). Luka pesakit ini merah dan berdarah menunjukkan bahagian tepi kulit itu hidup.
5. Di dalam perubatan, ilmu menjahit ni amat luas. Kaedah jahitan (interrupted versus continuous, simple versus mattress, horizontal, vertical or hiding mattress dan sebagainya), jenis jarum (curve versus straight, round body versus cutting dan sebagainya) dan jenis benang (absorbable vs non absorbable, synthetic vs non synthetic dan sebagainya) yang perlu digunakan adalah berbeza bagi jenis luka, kawasan luka dan organ yang perlu dijahit.
6. Pihak pengurusan Hospital Sungai Buloh sentiasa terbuka dan amat mengalu-alukan sebarang maklum balas dari pelanggan sama ada pertanyaan, khidmat nasihat ataupun aduan berkenaan perkhidmatan yang ditawarkan di hospital ini. Walau bagaimanapun maklum balas tersebut perlulah dikemukakan melalui saluran betul yang telah disediakan sama ada berjumpa terus dengan penyelia di wad/ klinik atau Pegawai Perhubungan Awam, mengisi borang maklum balas pelanggan, email, dan telefon. Tindakan memuat status tidak puas hati atau memburukkan perkhidmatan kesihatan awam dalam media sosial tidak sepatutnya berlaku kerana setiap prosedur yang dibuat oleh petugas perubatan sentiasa diberitahu kepada pesakit ataupun waris terdekat.
7. Petugas Perubatan Hospital Sungai Buloh sentiasa bersedia untuk memberi penjelasan berkenaan kemusykilan berkenaan keadaan pesakit. Justeru, sebagai waris pesakit, janganlah berat mulut untuk bertanya dan bertanyalah pada pihak yang bertanggung jawab, dan tidak sepatutnya berprasangka buruk terhadap Perkhidmatan Kesihatan Awam kerana boleh menjadi fitnah.
8. Justeru satu pertemuan telah diaturkan antara pemuat naik status Facebook dengan Pakar Orthopedik Hospital Sungai Buloh untuk memberi penjelasan berkenaan prosedur jahitan yang telah dibuat pada kaki pesakit pada 14 Disember 2015 (Isnin).
HOSPITAL SUNGAI BULOH
文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat112/node789286
轉載請註明來源:今天頭條