Rogol remaja, pemandu lori ditahan

Rahman ...| 2015-12-11| 檢舉

LIMBANG: Seorang pemandu lori ditahan polis Selasa lalu bagi membantu siasatan berhubung kes rogol seorang remaja Cina dilaporkan berlaku November lepas.

Suspek berbangsa Bisaya, 47, ditahan jam 3.05 petang diatahan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Limbang.

Ketua Polis Daerah Limbang Superitenden Mohd Bukhori Saffai berkata suspek direman mulai kelmarin selama tujuh hari di lokap balai polis Limbang untuk siasatan lanjut.

November lalu, seorang remaja mendakwa dirogol beberapa kali tanpa kerelaan oleh seorang lelaki yang juga kenalannya.

Dalam kejadian jam 3.17 pagi itu, mangsa 17, dan tidak belajar dihubungi suspek mengajaknya keluar.

Difahamkan mangsa pada mulanya menolak pelawaan tersebut, namun selepas dipujuk, mangsa bersetuju ke rumah suspek.

Pada mulanya mereka berbual dan menonton televisyen bersama dan suspek kemudiannya mengajak mangsa tidur dibiliknya.

Mangsa turut mendakwa dipeluk suspek sebelum disyaki dirogol beberapa kali tanpa kerelaannya sebelum dihantar pulang oleh suspek ke rumahnya.

Kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

文章來源: https://www.twgreatdaily.com/cat112/node784244

轉載請註明來源:今天頭條